Friday, December 23, 2022

"MARILAH MERAIKAN JUBLI EMAS DAN MULAKAN LANGKAH UNTUK 50 TAHUN SETERUSNYA" PUSAT ASEAN-JEPUN MELANCARKAN LAMAN WEB KHAS YANG DIDEDIKASIKAN UNTUK TAHUN KE-50 PERSAHABATAN DAN KERJASAMA ASEAN-JEPUN.




Table

Visual Laman Web (Grafik: Business Wire)


TOKYO, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) melancarkan laman web khas yang didedikasikan untuk Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun bagi meraikan ulang tahun pada 2023. Laman web ini khususnya dalam bahasa Jepun, manakala terjemahan automatik dalam 12 bahasa utama yang dituturkan di Negara Anggota ASEAN juga tersedia.
 
Laman web untuk Ulang Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun
URL:  https://aseanjapan50.jp/
 
Pada 2023, acara memperingati Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun akan diadakan di Negara Anggota ASEAN dan Jepun sepanjang tahun. Kerajaan ASEAN dan Jepun akan memperakui pelbagai acara yang berlangsung di Negara-negara Anggota ASEAN atau Jepun sebagai acara peringatan meraikan Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun. Acara yang dibenarkan ini akan diizinkan menggunakan logo rasmi dan frasa slogan Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun, dan maklumat mereka akan tersedia pada kalendar acara di laman web. Penyerahan permohonan untuk akreditasi boleh didapati dari laman web. Sila rujuk garis panduannya untuk kelayakan dan maklumat lain di laman web.
 
Di samping memperkenalkan acara peringatan ini, laman web ini juga menampilkan "Rakyat ASEAN-Jepun" (dikemas kini setiap bulan), untuk memperkenalkan orang yang menyumbang untuk menghubungkan dan memupuk persefahaman bersama yang mendalam di kalangan rakyat Negara Anggota ASEAN dan Jepun, serta "Selamat ASEAN-Jepun 50!" (Akan datang) untuk berkongsi mesej foto tahniah daripada pelbagai orang.
 
Selanjutnya, laman web itu juga akan mengadakan beberapa siri kempen bertajuk “GOLDEN BRIDGE” untuk rakyat Negara Anggota ASEAN dan Jepun untuk meraikan ulang tahun bersama-sama. Sebagai permulaan, cabaran foto Instagram akan bermula dari Januari hingga Julai 2023. Topik cabaran akan berubah setiap dua bulan, dan dalam setiap tempoh, lima pemenang akan dipilih secara undian. Pemenang akan menerima barangan eksklusif memperingati 50 Tahun Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun daripada AJC. Mulai Februari, kempen penerbitan filem akan dianjurkan, di mana pencipta dari semua Negara Anggota ASEAN dan Jepun akan bekerjasama untuk menghasilkan filem ulang tahun ke-50 ASEAN-Jepun. Butiran akan diumumkan di laman web dan Instagram (@aseanjapancentre_pr) dalam masa terdekat.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53122452/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Sila Hubungi

ASEAN-Japan Centre (AJC) PR Unit
Tomoko Miyauchi (MS)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81 (0)3-5402-8118
E-mail: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN - Jepun

No comments:

Post a Comment