Wednesday, December 14, 2022

ACTYV.AI MELANTIK SANJEEV CHHABRA SEBAGAI KETUA PEGAWAI PERTUMBUHAN UNTUK MEMACU PENGEMBANGAN GLOBAL




BENGALURU, India, 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 actyv.ai, pencipta kategori dalam SaaS perusahaan dengan BNPL B2B terbenam dan ruang insurans, telah mengumumkan pelantikan Sanjeev Chhabra sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan untuk memacu pengembangan global.

Sanjeev Chhabra, ahli alumni IIT (Bombay) dan IIM (Ahmedabad), merupakan jurubank korporat yang mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam pengurusan pelanggan dan risiko kredit. Beliau pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan termasuk Standard Chartered Bank (Kewangan Mampan, Pengurusan Kredit & Portfolio, Kewangan Berkeumpilan) di seluruh Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Singapura dan India, ING Bank (Perbankan Pelaburan) dan Bank of America (Kewangan Korporat). Beliau mempunyai pendedahan luas pada peringkat antarabangsa di seluruh geografi termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah (GCC), Afrika dan India, membina dan memimpin pasukan memacu pertumbuhan hasil. Bidang kepakaran beliau ialah memulakan dan melaksanakan transaksi kompleks di seluruh sektor untuk dana ekuiti korporat yang besar, syarikat multinasional dan persendirian.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Raghunath Subramanian, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Global actyv.ai yang beribu pejabat di Singapura, berkata, “Sanjeev membawa pemikiran strategik dan merupakan pembina perniagaan yang cukup terkenal dengan keandalan, integriti dan disiplin beliau. Kepimpinan dan pengalaman beliau dalam memacu sinergi untuk memberikan pencapaian luar biasa akan mempercepat pertumbuhan dan pengembangan global platform kami pada masa akan datang.”

Sanjeev Chhabra berkata, “Saya amat teruja untuk menyertai actyv.ai sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan, langkah mencabar dalam kerjaya saya yang seterusnya. Ini akan membolehkan saya membina pencapaian actyv.ai yang ketara dalam menawarkan penyelesaian teknologi, secara global.” Beliau seterusnya menambah, “actyv.ai menawarkan peluang luar biasa untuk memberikan pertumbuhan yang bertanggungjawab dan mampan di seluruh perusahaan dan ekosistem rantaian bekalan syarikat melalui tawaran BNPL B2B terbenam, kewangan dan insurans.”

Maklumat Tentang actyv.ai
actyv.ai ialah platform SaaS perusahaan dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) dengan Beli Sekarang Bayar Nanti (BNPL) B2B terbenam dan insurans, mengubah rantaian bekalan B2B global dengan menjadikan transaksi perniagaan lebih pantas dan mudah. Melalui perkongsian dengan institusi kewangan, actyv.ai membolehkan perusahaan, pembekal, pengedar dan peruncit berkembang. actyv Go, actyv Score, actyv PayLater, actyv Insure, actyv Invest dan actyv Discover ialah pelbagai kategori produk dalam platform. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.actyv.ai

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16629

No comments:

Post a Comment