Wednesday, December 7, 2022

HARI BELIA SELAT KE-10 DIADAKAN DI FUZHOU DI WILAYAH FUJIAN

Pemandangan pada Hari Belia Selat ke-10

FUZHOU, China, 7 Dis, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 2 Disember, Hari Belia Selat ke-10, yang ditaja bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan bagi Majlis Negeri, Persekutuan Belia Seluruh China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, telah diadakan di Fuzhou di Wilayah Fujian, dan menarik kehadiran 350 orang tetamu dari semua lapisan masyarakat di kedua-dua belah Selat itu.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 bagi Hari Belia Selat. Dengan bertemakan "Bekerja Bersama untuk Peremajaan Negara China", acara tahun ini telah memaparkan kisah-kisah mengenai anak muda di seluruh Selat itu yang telah menjalin ikatan dengan usaha bersepadu. Dengan orang ramai mengambil bahagian secara sendiri dan dalam talian, dialog-dialog utama telah dijalankan di antara Fuzhou dan Taipei melalui pautan video, menurut Pejabat Jawatankuasa Penganjur bagi Hari Belia Selat.

No comments:

Post a Comment