Saturday, December 3, 2022

UKIRAN ARANG YUCHENG DEYUAN, SATU WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA BAGI WILAYAH SHANDONG

YUCHENG, China, 2 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Yucheng, yang diberi nama bersempena dengan Yu the Great yang berjaya di dalam menjinakkan banjir, adalah merupakan tempat kelahiran bagi tamadun pertanian China dan satu daripada daerah purba berusia 100 ribu tahun di China. Penuh dengan lakaran sejarah, bandar raya Yucheng yang berusia lebih empat ribu tahun itu adalah tempat kepada pelbagai mitos dan kisah tempatan tentang usaha penjinakan banjir oleh Yu the Great. Pada tahun 2021, legenda Yu the Great Yang Menjinakkan Banjir itu telah dimasukkan ke dalam kumpulan kelima bagi warisan kebudayaan tidak ketara di Wilayah Shandong.

Sebagai sebuah kraftangan bagi Yucheng, Shandong, ukiran arang Deyuan adalah satu gabungan yang penuh harmoni bagi seni ukiran dan lukisan tradisional dengan warisan kebudayaan tidak ketara bagi legenda Yu the Great Yang Menjinakkan Banjir. Karya-karya ini menjelmakan cerita rakyat untuk menjadi ukiran arang, mengubah budaya rakyat yang boleh didengari kepada seni visual untuk renungan, dan menghidupkan budaya Dayu (Yu the Great). Ia merangkumi kejayaan bagi terjemahan kreatif dan pembangunan inovatif bagi budaya tradisional Cina yang halus pada era baharu itu.

Walaupun bersaiz kecil, ukiran arang itu menyampaikan satu mesej yang mendalam. Ia diperbuat daripada karbon tempurung kelapa yang berkualiti tinggi, karbon mineral dan serbuk karbon lain yang diaktifkan melalui lebih sepuluh prosedur daripada pembentukan yang bertekanan tinggi, pengaktifan, pengukiran, penggilapan sehingga kepada lukisan, dll. Direka dengan warna yang ringkas dan semula jadi, kerja seni ukiran arang bersaiz kecil itu kebanyakannya menggunakan tema kebudayaan tradisional Cina seperti Confucius, Yu the Great, “lima lembu”, “lapan kuda”, bunga plum, orkid, buluh dan bunga kekwa, dan topeng Opera Peking, untuk menyerlahkan 5,000 tahun bagi tamadun China.

Sejak tahun 2009, Ukiran Arang Deyuan telah dipamerkan di lebih satu dozen ekspo industri kebudayaan domestik dan antarabangsa yang utama seperti di Beijing, Shenzhen, Xi'an, Nanjing dan Jinan, serta di Korea Selatan, untuk memberikan sumbangan yang besar kepada komunikasi bagi budaya Dayu (Yu the Great).
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Yucheng 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16594

No comments:

Post a Comment