Saturday, December 3, 2022

NIELSENIQ MENGEMUKAKAN LAPORAN BAHARU YANG MEMFOKUSKAN PADA KESAN KEMAMPANAN TERHADAP INDUSTRI BARANG PENGGUNA LARIS

Perubahan iklim akan memaksa syarikat untuk memikirkan semula model perniagaan dan berubah dalam tempoh lima tahun akan datang

CHICAGO, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ mengemukakan laporan baharu yang bertajuk “Kemampanan yang Berubah” pada hari ini. Laporan ini memfokuskan pada kesan perubahan iklim ke atas industri barang pengguna laris. Dalam tempoh lima tahun akan datang, adalah dijangka bahawa tadbir urus dan kos, akan memaksa pengeluar, jenama dan peruncit untuk melaksanakan transformasi dan komited kepada model perniagaan yang sebenar dan mampan untuk mengurangkan risiko jangka pendek dan panjang.

"Kemampanan telah menjadi agenda korporat sejak sekian lama. Ia dianggap sebagai keutamaan yang menjadi semakin penting, di mana sesetengah perniagaan telah membuat keputusan proaktif untuk mendahului pesaing industri dan yang lain telah mengambil pendekatan lebih pasif," kata Regan Leggett, Peneraju Foresight, NielsenIQ. "Kos tenaga yang meningkat secara mendadak, penghasilan tanaman yang menurun dan gangguan rantaian bekalan semuanya memaksa syarikat untuk mengubah model perniagaan sedia ada supaya dapat menangani cabaran yang bakal berlaku atau menanggung ketidakpastian dan peningkatan implikasi kos."

Memandangkan cabaran rantaian bekalan, tekanan inflasi dan niat perbelanjaan pengguna yang berhati-hati, laporan itu menunjukkan bahawa pengguna kini lebih sedar akan kemampanan dan menuntut tindakan dan kebertanggungjawaban korporat. Laporan baharu itu membincangkan beberapa bidang utama, termasuk:

1. Bagaimana kos yang meningkat secara mendadak mengubah model perniagaan sedia ada akibat kesan perubahan iklim.
2. Bagaimana tadbir urus dan peraturan yang menjadi lebih ketat mendorong momentum kemampanan.
3. Bagaimana sentimen pengguna berubah daripada “pemilikan mengikut keinginan”, kepada garis dasar asas baharu dalam proses membuat keputusan mereka.
4. Apakah peranan yang dimainkan oleh pihak berkepentingan yang berbeza dalam memajukan agenda kemampanan? Siapakah yang dipercayai pengguna? Dan apakah cara syarikat boleh membantu pengguna membuat pilihan yang lebih mampan?
5. Apakah masa depan kemampanan bagi peruncit, jenama, pengguna dan kerajaan?
6. Apakah tindakan yang mesti diambil oleh syarikat sekarang untuk memenuhi sasaran dan ikrar masa depan yang dibuat oleh kerajaan?

"Pengguna kini ingin menyumbang kepada kemampanan dalam kehidupan harĂ­an dan tingkah laku pengguna mereka; namun, tidak semua syarikat mempunyai amalan yang mampan," kata Nicole Corbett, Naib Presiden Kepimpinan Pemikiran, NielsenIQ. "Sejak sedekad yang lalu, pengguna telah menyeru untuk revolusi hijau yang belum menjadi kenyataan. Tambahan pula, pencucian hijau serta ketidakgiatan daripada jenama dan peruncit telah menyebabkan pengguna mempunyai tahap kepercayaan yang berbeza-beza terhadap penunaian janji pihak-pihak tersebut."
 
Perubahan iklim kemampanan telah mencapai saat kritikal, perubahan dramatik akan berlaku kepada syarikat dalam lima tahun yang akan datang apabila syarikat berubah untuk memenuhi permintaan, garis panduan dan realiti baru dalam menjalankan perniagaan. Tindakan tulen daripada syarikat yang proaktif dan tulus ikhlas akan mempunyai kelebihan strategik apabila industri berebut untuk memenuhi keperluan dan mewajibkan usaha yang mampan.

Untuk memperoleh cerapan laporan terkini, sila kunjungi https://nielseniq.com/global/en/insights/analysis/2022/the-changing-climate-of-sustainability-has-reached-a-critical-moment/.

Tentang NielsenIQ

NielsenIQ, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global yang menyampaikan piawaian emas dalam pengukuran pengguna dan runcit melalui pemahaman yang paling berkaitan, lengkap dan boleh diambil tindakan tentang pengguna global yang sedang berkembang, omnichannel. NielsenIQ ialah sumber keyakinan untuk industri yang kami layani dan perintis yang menentukan dasar seterusnya bagi pengukuran pengguna dan runcit. Data kami, cerapan berkaitan dan analitik ramalan mengoptimumkan prestasi barang pengguna laris (CPG) dan syarikat runcit, serta mendekatkan mereka dengan komuniti yang mereka melayani dan membantu mendorong pertumbuhan mereka.

NielsenIQ yang merupakan syarikat milik Advent International sedang beroperasi di 90+ pasaran, meliputi lebih daripada 90% penduduk dunia. Untuk memperoleh maklumat lanjut, sila kunjungi NielsenIQ.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16591

No comments:

Post a Comment