Thursday, December 22, 2022

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR): HASIL TERUSKAN MISI BANTUAN BANJIR

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melalui Skuad Sukarelawan Banjir HASiL Peringkat Negeri Pahang meneruskan kesinambungan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyantuni kakitangan HASiL Cawangan Kuantan yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda baru-baru ini.
 
Seramai 19 orang pegawai dan staf dari Skuad Sukarelawan Banjir HASiL telah terlibat dengan fokus diberikan ialah menjayakan Misi Bantuan (Pembersihan) secara gotong-royong melibatkan rumah Encik Wan Muhammad Azizi bin Wan Yahya dan Puan Rohayu binti Abdullah di Kampung Alor Ladang, Beserah, Kuantan.
 
Selain aktiviti pembersihan, dalam program yang berlangsung pada 20 Disember 2022 itu, kakitangan HASiL yang terjejas banjir turut menerima sumbangan bakul makanan daripada HASiL bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
 
Sebagai makluman, Skuad Sukarelawan Banjir HASiL diwujudkan khusus untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir khususnya dalam kalangan kakitangan HASiL di seluruh negara. Usaha yang diambil ini bukan sahaja bertujuan untuk menampilkan HASiL sebagai sebuah organisasi yang prihatin, malah ia juga bagi memastikan hubungan antara kakitangan HASiL sentiasa erat. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16662

No comments:

Post a Comment