Wednesday, December 7, 2022

AXA DAN MOTORIST BEKERJASAMA BAGI MEMUDAHKAN PEMBELIAN INSURANS KERETA

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) dan Motorist, sebuah platform komprehensif penjualan kereta, bekerjasama untuk menyediakan suatu cara yang mudah bagi pelanggan mendapatkan sebut harga insurans kereta mereka melalui aplikasi Motorist.


Perkongsian ini menandakan satu lagi langkah ke arah penggabungan inovasi antara platform digital dengan perlindungan kewangan bagi menyalurkan perkhidmatan yang lebih mantap kepada penduduk Malaysia. Berdasarkan prinsip bersama yang menekankan konsep pemberian nilai terbaik dan menggalakkan pemanduan berhemat, Motorist dan AXA bermatlamat mencipta suatu pengalaman yang lancar untuk pelanggan.

Jeremy Yeap, Ketua Pegawai Peruncitan AXA berpendapat bahawa untuk menjadikan perlindungan insurans lebih mudah diakses oleh semua segmen masyarakat, penting bagi AXA untuk merangsang pemerolehan perlindungan melalui platform omnisaluran supaya pelanggan dapat dilindungi dengan lebih mudah melalui cara yang mereka pilih.

“Dengan penetrasi teknologi mudah alih yang semakin membangun, kami melihat aplikasi digital sebagai suatu platform yang penting dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik. Kami gembira melihat bagaimana kerjasama kami dengan Motorist ini berjaya menggalakkan kebolehcapaian terhadap perlindungan yang penting di atas jalan raya,” Jeremy menambah.

Pelan insurans kereta AXA menyediakan perlindungan jalan raya yang menyeluruh, termasuk perkhidmatan penundaan, bantuan kecemasan tepi jalan 24/7, waranti pembaikan, dan kelulusan tuntutan yang pantas. Pelanggan juga boleh memilih manfaat tambahan seperti perlindungan untuk cermin hadapan, banjir dan bencana alam, penepian pembaikan dan banyak lagi. Dengan perkongsian ini, pelanggan boleh memohon sebut harta insurans kenderaan AXA dengan mudah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja mereka berada. Mereka hanya perlu mengklik ‘sebut harga insurans’ dalam papan pemuka aplikasi Motorist dan memasukkan butiran mereka untuk memohon sebut harga secara percuma.

“Selaras dengan kemajuan Motorist yang terus meningkat dalam industri ini, kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan perkhidmatan yang berpatutan bagi pengguna kami. Pelaksanaan perkhidmatan Insurans Automotif merupakan penambahan penting dalam perkhidmatan yang kami tawarkan. Kerjasama kami dengan AXA dan insurans kenderaan mereka membolehkan kami menawarkan produk yang terbaik dalam kelasnya kepada pengguna kami,” kata Pengurus Umum Motorist.my, Martin Belson.

Sebagai sebuah platform automotif terbesar di Singapura, Motorist berusaha untuk menyediakan satu ekosistem kenderaan dan perkhidmatan yang dirangkumi secara menyeluruh dalam aplikasi Motorist, yang merupakan aplikasi pertama sepertinya di Malaysia. Misi syarikat adalah untuk memudahkan pemilikan kereta dengan mencipta suatu ekosistem yang merangkumi alat dan perkhidmatan pintar. Platform ini setakat ini mempunyai lebih 190,000 pengguna dan telah membantu 661,000 pemandu, dengan RM2.847 bilion dalam transaksi kenderaan direkodkan serta lebih 2,000 rakan kongsi automotif berdaftar. Aplikasi ini menyediakan kesemua alat bagi pengurusan kitaran hayat penuh kenderaan untuk pemilik kenderaan, daripada pembelian kereta, cukai jalan, insurans, sehinggalah kepada pembayaran saman dan penjualan kereta.

Bagi tempoh yang singkat, seramai 100 pelanggan pertama yang memuat turun dan menjual kenderaan mereka melalui aplikasi Motorist akan menerima ganjaran e-baucar Touch ‘n Go bernilai RM50, selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://bit.ly/motoristmy-home atau muat turun aplikasi ini di sini

Sumber: AXA Affin General Insurance Berhad (AXA)

No comments:

Post a Comment