Tuesday, December 6, 2022

ISTIADAT KONVOKESYEN PUTRA BUSINESS SCHOOL RAI KECEMERLANGAN 241 GRADUAN PASCASISWAZAH





SERDANG, 5 Dis (Bernama) --
 Seramai 241 graduan program pascasiswazah Putra Business School (PBS) menerima ijazah daripada Canselor, YBhg. Academician Emeritus Professor Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim yang merupakan Mantan Naib Canselor serta Pro Canselor Universiti Putra Malaysia. Istiadat konvokesyen diadakan di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), pada 4 Disember 2022.  Turut hadir di majlis tersebut termasuklah YM Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Putra Business School(YPBS), Profesor Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Profesor Dr. Azmawani Abd Rahman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  PBS.


Majlis menyaksikan 86% graduan dianugerahkan ijazah Sarjana Master of Business Administration (MBA), 11% ijazah Doctor of Philosophy (PhD) dan 3% dianugerahkan ijazah Postgraduate Certificate in Business Administration (PGCert).

Putra Business School turut menganugerahkan 41 graduan dengan Gold Award dan Silver Award atas kecemerlangan akademik, manakala 2 graduan, Aiman Hamzah bin Abdul Halim dan Hong Yu Shen, dianugerahkan President’s Award.

President’s Award dianugerahkan kepada graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga aspek kokurikulum, aktif di kelas dan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

“Saya berbangga menyatakan bahawa graduan Putra Business School merupakan modal insan yang dinamik dan progesif yang mampu memenuhi permintaan dan aspirasi industri dan negara,” kata Profesor Dr. Azmawani Abd Rahman. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutiff PBS.

Antara graduan tersohor termasuklah YB Datuk Willie Mongin, bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II dan Ahli Parlimen Puncak Borneo. “Sebagai pemimpin politik dan juga ahli perniagaan, saya agak risau untuk menyambung pengajian dalam sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) yang terlalu fokus pada buku teks atau yang tidak mempunyai kaitan dengan amalam terbaik industri. Saya memilih program sarjana di PBS kerana pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja meningkat dan mengembangkan kepakaran yang sedia ada malah dapat mempertingkatkan karier saya,’ kata YB Datuk Willie.  
 
Demi melahirkan graduan yang holistik, PBS menyediakan peluang kepda para pelajar untuk menjalin kerjasama erat dengan industri dan badan profesional seterusnya meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan,  kerjasama penyelidikan dan pendedahan serta pengalaman dalam bidang pengurusan dan perniagaan.

Malahan pelajar turut berpeluang membina rangkaian profesional dan global bersama para akademik serta pengamal profesional industri di Malaysia. Bakal pelajar yang bekerja diberi pilihan untuk menghadiri kelas di hujung minggu.
 
PUTRA BUSINESS SCHOOL

PBS merupakan Top Business School dan institut pengajian tinggi siswazah yang terletak di UPM Serdang. Bagi menyeimbangkan teori dan amalan industri, kebanyakan pensyarah-pensyarah yang mengajar program-program akademik di PBS mempunyai pengalaman industri. PBS juga merupakan institusi pengajian tinggi dalam perniagaan yang pertama di Malaysia yang mendapat akreditasi daripada AACSB (The Association to Advance Collegiate Schools of Business) dan ABEST21 (THE ALLIANCE ON BUSINESS EDUCATION AND SCHOLARSHIP FOR TOMORROW, a 21st Century Organization). Semua program akademik di PBS diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Program-program yang ditawarkan di PBS ialah Phd, Msc, MBA,MBA(Open Distance Learning) dan PGCert. 

Sumber: PUTRA BUSINESS SCHOOL

No comments:

Post a Comment