Tuesday, December 13, 2022

"HUMY BERSAMA CHARLIE PUTH" -- PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERASASKAN LANGGANAN AKAN DIPERKENALKAN PADA 2 DISEMBER

TOKYO, 12 Dis., 2022 /Kyodo JBN-Asianet/ --

MIXI, Inc. dengan bangganya ingin mengumumkan pelancaran humy, sebuah platform berasaskan langganan yang membuat pengkhususan di dalam komunikasi di antara artis dan peminat, pada 2 Disember, 2022.
 
Logo bagi humy:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M102029/202211250405/_prw_PI2fl_82m4YWqc.jpg

 
 
MIXI ialah sebuah syarikat teknologi Jepun di Tokyo. Dengan matlamat untuk memperkayakan komunikasi dan memberikan inspirasi kepada detik-detik kegembiraan, syarikat itu komited untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi global yang menyeronokkan bagi rakan taulan dan keluarga, termasuk mixi, MONSTER STRIKE, FamilyAlbum dan TIPSTAR. Dengan menggunakan kepakaran yang diperoleh daripada perkhidmatan komunikasi ini, syarikat itu telah membangunkan sebuah perniagaan baharu di dalam industri muzik untuk mewujudkan hubungan baharu dan bermakna di antara peminat dan artis.
 
MIXI tidak bersendirian di dalam visi mereka mengenai humy dan berusaha ke arah inovasi. Adalah satu penghormatan buat MIXI untuk mengumumkan satu perkongsian global dengan Charlie Puth, penyanyi, penulis lagu dan penerbit yang mendapat pencalonan GRAMMY dan meraih pelbagai platinum, sebagai artis pertama di humy. Perkhidmatan komunikasi peminat rasmi “humy bersama Charlie Puth” akan dilancarkan serentak di seluruh dunia pada 2 Disember. (Tidak tersedia di sesetengah negara dan wilayah.)

Laman web rasmi: https://charlieputh.humy.me/
 
Gambar mengenai humy bersama Charlie Puth:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M102029/202211250405/_prw_PI1fl_650jsFk1.jpg

 

humy ialah sebuah platform di mana pengguna membayar satu yuran tahunan untuk menjadi pelanggan Premium bagi perkhidmatan komunikasi peminat rasmi artis kegemaran mereka. Pelanggan premium bukan sahaja boleh melihat kandungan yang memberi ruang ke dalam kerja  dan kehidupan peribadi artis itu, tetapi juga mengambil bahagian di dalam konsert dan acara-acara peminat dalam talian yang boleh diakses oleh pelanggan sahaja. Faedah pelanggan termasuk akses kepada satu rangkaian sosial yang eksklusif di mana peminat boleh berkomunikasi secara langsung dengan artis dan melihat paparan yang hanya boleh dinikmati di sini. Pelanggan juga menerima kad ucapan digital untuk acara-acara dan boleh menyertai cabutan untuk tiket konsert sebelum ia mula dijual.

Gambaran Keseluruhan Perkhidmatan
- Nama: humy bersama Charlie Puth
- Laman web: https://charlieputh.humy.me/
- Kandungan untuk Pelanggan sahaja:
1) Konsert Dalam Talian (satu atau lebih setahun)
2) Pertemuan Peminat Dalam Talian (satu atau lebih setahun)
3) Akses Keutamaan kepada Cabutan Jualan Tiket*
4) Rangkaian Sosial Eksklusif
5) Video Khas
6) Kad Keahlian Digital
7) Kad Ucapan Digital
 
*Tidak terpakai untuk semua persembahan Charlie Puth. Persembahan yang layak akan diumumkan di laman web rasmi setelah tarikh disahkan.

- Pelan: Pelan premium: $100.00 (USD) setahun
- Kaedah Pembayaran: Kad kredit, PayPal
- Tarikh dan Masa Siaran yang Dirancang:
1 Disember, 2022: Mexico 9:00 malam (CST)
2 Disember, 2022: Brazil 12:00 tengah malam (BRT), Afrika Selatan 5:00 pagi (SAST),
Arab Saudi 6:00 pagi (AST), India 8:30 pagi (IST), Indonesia 10:00 pagi (WIB),
Jepun 12:00 tengah hari (JST), Australia 2:00 petang (AEDT)
(Sesetengah negara mungkin tidak dimasukkan.)
 
Mesej dari Charlie Puth
“Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan MIXI sebagai artis pertama yang dipaparkan di humy! Ia bukan satu rahsia bahawa saya suka membiarkan peminat untuk menyertai proses kreatif dan kehidupan seharian saya, tetapi saya lebih teruja kerana mempunyai satu lagi platform lain untuk berhubung dengan orang ramai di seluruh dunia.”

Maklumat mengenai Charlie Puth
Charlie Puth telah terbukti sebagai seorang daripada artis yang berjaya dan paling konsisten di dalam industri muzik dan rakan usaha sama yang dicari. Puth telah memperoleh lapan single pelbagai platinum, empat pencalonan GRAMMY, tiga Anugerah Muzik Billboard, sebuah Anugerah Pilihan Pengkritik dan satu pencalonan Golden Globe. LP beliau pada 2018 yang dicalonkan untuk GRAMMY, Voicenotes, telah diperakui Emas oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) hanya empat hari selepas ia dikeluarkan dan telah mencatatkan lebih 5.6 bilion penstriman di seluruh dunia. Kerjasama Puth pada tahun 2020 dengan Gabby Barrett pada adunan semula mereka “I Hope” membolehkan beliau memperoleh lagu 10 teratas beliau keempat di Billboard Hot 100, mencapai nombor satu di carta “Lagu Pop Dewasa” Billboard dan memenangi sebuah Anugerah Muzik Billboard 2021 untuk “Kolaborasi Utama.” Puth juga telah menulis bersama dan menghasilkan The Kid Laroi dan single oleh Justin Bieber yang telah memecahkan rekod bertajuk “STAY,” yang dengan cepat menjadi satu daripada lagu terbesar untuk tahun 2021 dan memegang gelaran untuk lagu paling lama di tangga No. 1 di carta Billboard Global 200 dan yang pertama untuk mendahuluinya untuk dua digit -- menghabiskan tempoh selama 11 minggu di bahagian atas carta itu. Puth baru-baru ini telah mengeluarkan album studio ketiga beliau yang dinanti-nantikan CHARLIE melalui Atlantic Records. Dengan menampilkan hit single “Left and Right (yang menampilkan Jung Kook dari BTS),” “That's Hilarious” dan “Light Switch,” “koleksi yang dibuat dengan mahir” (dari majalah Rolling Stone) telah melepasi 1 bilion penstriman global dan menerima pujian pengkritik. Puth baru-baru ini memulakan jelajah “One Night Only” beliau, mengalu-alukan peminat dari seluruh dunia secara dekat dan peribadi sambil berkongsi album terbaharu beliau dan lagu hit terhebat beliau.
Untuk maklumat lanjut dan tarikh lawatan akan datang, sila layari:
https://www.charlieputh.com/tour/
 
Maklumat mengenai MIXI, Inc.
Dengan matlamat untuk memperkayakan komunikasi dan memberikan inspirasi kepada detik-detik kegembiraan, MIXI komited untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang menyeronokkan bagi rakan taulan dan keluarga, termasuk mixi, MONSTER STRIKE, FamilyAlbum dan TIPSTAR. Syarikat itu meletakkan “Kejutan Pengguna Didahulukan” sebagai teras mereka dan memberi tumpuan kepada menggalakkan hubungan yang mendalam dan penuh bermakna daripada hanya meningkatkan kuantiti dan kekerapan berkomunikasi. Melalui usaha ini, syarikat itu percaya ia memberi inspirasi kepada komunikasi yang lebih mendalam dan lebih kaya di dunia.
 
Laman web Rasmi MIXI: https://mixi.co.jp/en/ 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16621

No comments:

Post a Comment