Saturday, December 31, 2022

EKSPO HAJI DIJADUALKAN PADA BULAN JANUARI 2023, DI BAWAH ANJURAN GABENOR MEKAH

 


Menghimpunkan +57 buah delegasi antarabangsa

RIYADH, Arab Saudi, 30 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di bawah anjuran Yang Teramat Mulia Putera Khaled Al-Faisal, Penasihat Penjaga Dua Buah Masjid Suci dan Gabenor Wilayah Mekah, Kementerian Haji dan Umrah akan menganjurkan persidangan dan pameran ‘Ekspo Haji 2023’, pada 9-12 Januari 2023.

Acara selama empat hari itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian untuk membina ekosistem perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah haji di Dua Buah Masjid Suci, di samping meningkatkan pengalaman keagamaan dan budaya mereka. Acara ini bertujuan untuk mewujudkan ekosistem bersepadu dan lestari yang menambah baik pengalaman jemaah haji, menjangkakan arah aliran masa depan mereka dan mewujudkan peluang untuk kerjasama, perjanjian serta inisiatif tempatan dan antarabangsa yang selanjutnya.

Y.B. Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, berkata: “Persidangan itu akan membolehkan usahawan, pencipta dan penyelidik daripada lebih 200 buah organisasi global berkongsi pengalaman kejayaan mereka dan menyumbang saran penyelesaian kualiti lestari yang direka bentuk untuk memenuhi aspirasi dan keperluan jemaah haji. Ini mencerminkan sokongan berterusan yang didedikasikan oleh Penjaga Dua Buah Masjid Suci dan Yang Teramat Mulia Putera Mahkota kepada sektor Haji dan Umrah, selaras dengan Wawasan Saudi 2030.”

‘Ekspo Haji’ dijangka akan menyaksikan pemeteraian 400 perjanjian dan perkongsian dengan delegasi dari lebih 56 buah negara. Acara ini akan menampilkan 10 sesi ucapan dasar, 13 perbincangan panel dan ‘Ceramah Haji’, serta 36 buah bengkel, acara dan aktiviti berkaitan, terutamanya eksposisi Islam dan ‘Hackathon Haji’. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16681

No comments:

Post a Comment