Thursday, April 1, 2021

WALGREENS MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN SETERUSNYA BAGI STRATEGI PERNIAGAAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MEREKA DENGAN INCOMM PAYMENTS

Walgreens akan menawarkan akaun bank baharu dengan kad debit Mastercard yang memanfaatkan platform InComm Payments

InComm Payments akan meningkatkan program kad hadiah berjenama Walgreens

DEERFIELD, Ill. & ATLANTA, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walgreens hari ini mengumumkan satu perjanjian dengan InComm Payments, sebuah syarikat teknologi pembayaran global terkemuka, untuk menyediakan pilihan perkhidmatan kewangan yang sesuai dan mudah diakses bagi pelanggan mereka. Bersama-sama, syarikat-syarikat itu akan melancarkan satu penawaran akaun bank baharu bagi pelanggan mereka yang akan diwujudkan di MetaBank* dengan sebuah kad debit Mastercard yang akan melayani pembeli-belah Walgreens di dalam kedai dan dalam talian dan membolehkan mereka untuk memperoleh ganjaran Tunai MyWalgreens ke atas semua pembelian sebagai sebahagian daripada program kesetiaan pelanggan myWalgreens yang baharu dilancarkan pada November 2020.

Perjanjian ini adalah sebahagian daripada strategi keuntungan alternatif Walgreens dan baru-baru ini mengumumkan inisiatif yang lebih luas untuk melancarkan produk dan perkhidmatan kewangan baharu yang memperkuatkan komitmen mereka yang berterusan untuk menawarkan perkhidmatan dan faedah yang berbeza kepada pelanggan mereka. Penyelesaian perbankan baharu itu akan melengkapkan rancangan Walgreens untuk meneruskan tumpuan kesihatan dan kesejahteraan mereka dan meningkatkan program kesetiaan dan personalisasi pelanggan. Penyelesaian itu memanfaatkan platform perbankan sebagai satu perkhidmatan digital moden InComm Payments. Pembeli-belah Walgreens akan dapat mencari produk di dalam kedai atau mendaftar secara dalam talian dan kemudian menguruskan kewangan harian mereka dengan mudah dalam satu aplikasi perbankan mudah alih baharu yang mudah digunakan. Akaun bank itu dijangka tersedia di hampir 9,000 kedai Walgreens dan dalam talian pada separuh kedua tahun 2021.

“Walgreens komited kepada membantu pelanggan dengan keperluan kesihatan dan kesejahteraan mereka, dan kami gembira untuk memperluaskan penawaran perkhidmatan kewangan kami untuk memperkayakan lagi pengalaman itu dan cara kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan,” kata John Standley, presiden, Walgreens. “Kami berharap dapat meneroka dan memperkenalkan lebih banyak inisiatif pembayaran kesihatan dan kesejahteraan yang bertumpukan kepada pelanggan dalam masa terdekat, dan pada masa yang sama mewujudkan aliran pendapatan baharu.”

“Kami merasa terhormat kerana Walgreens telah memilih penyelesaian perkhidmatan kewangan InComm Payments untuk memberikan manfaat lebih lanjut kepada pelanggan mereka dan komuniti,” kata Stefan Happ, Presiden bagi InComm Payments. “Penawaran produk baru ini akan menjadikan Walgreens sebagai satu destinasi untuk perkhidmatan kewangan, yang dibina di atas legasi Walgreens sebagai sebuah kedai sehenti bagi farmasi dan kemudahan.”

Selain itu, Walgreens dan InComm Payments merancang untuk melancarkan semula program kad hadiah berjenama Walgreens. InComm Payments akan menyelia pengurusan bagi program kad hadiah fizikal Walgreens yang sedia ada, melancarkan kad hadiah digital Walgreens, dan membolehkan pembelian dan penebusan digital di walgreens.com. InComm Payments akan juga memudahkan pengedaran secara meluas bagi kad hadiah Walgreens merentasi saluran B2B, kesetiaan, ganjaran dan e-dagang. Pengembangan itu memperkukuhkan lagi perkongsian 12 tahun antara InComm Payments dan Walgreens sambil meningkatkan pengalaman jenama dan pelanggan Walgreens di dalam kedai, dalam talian, dan melalui telefon bimbit.

*Akaun-akaun bank akan menuntut akaun deposit yang dibuat di, dengan kad debit yang dikeluarkan oleh, MetaBank®, N.A., Anggota FDIC, menurut lesen oleh Mastercard International Incorporated.

Maklumat mengenai Walgreens

Walgreens (www.walgreens.com) dimasukkan di dalam Bahagian Farmasi Runcit Amerika Syarikat bagi Walgreens Boots Alliance, Inc. (Nasdaq: WBA), sebuah peneraju dunia di dalam farmasi runcit dan borong. Sebagai syarikat farmasi, kesihatan dan kecantikan Amerika yang paling disukai, matlamat Walgreens adalah untuk memperjuangkan kesihatan dan kesejahteraan bagi setiap komuniti di Amerika. Mengendalikan lebih daripada 9,000 lokasi runcit di seluruh Amerika, Puerto Rico dan Kepulauan Virgin A.S., Walgreens amat bangga untuk menjadi sebuah destinasi kesihatan kejiranan yang memberi perkhidmatan kepada kira-kira 8 juta pelanggan setiap hari. Ahli farmasi Walgreens memainkan satu peranan penting di dalam sistem penjagaan kesihatan Amerika Syarikat dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan farmasi dan penjagaan kesihatan. Untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pesakit dengan sebaik-baiknya, Walgreens menawarkan satu pengalaman semua arah yang sebenar, dengan platform yang menyatukan fizikal dan digital, dengan disokong oleh teknologi terkini untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi di dalam komuniti tempatan di seluruh negara.

Maklumat mengenai InComm Payments

InComm Payments adalah sebuah peneraju dunia di dalam teknologi pembayaran berinovatif. Dengan memanfaatkan teknologi dinamik dan kepakaran yang terbukti, InComm Payments menyampaikan platform pembayaran hujung ke hujung yang dipertingkatkan dan penyelesaian teknologi kewangan yang baru muncul yang membantu perniagaan berkembang merentasi pelbagai jenis industri termasuk runcit, penjagaan kesihatan, tol & transit, insentif, pembayaran mudah alih dan perkhidmatan kewangan. Dengan membolehkan sambungan saluran semua arah kepada satu pangkalan pengguna yang terus berkembang di dalam sebuah ekosistem yang semakin digital, InComm Payments mewujudkan pengalaman perdagangan yang lancar dan bernilai di seluruh dunia. Dengan mempunyai pengalaman lebih 27 tahun, lebih 500,000 titik pengedaran, 386 paten global dan kehadiran di lebih 30 buah negara, InComm Payments mengetuai industri pembayaran dari ibu pejabat mereka di Atlanta, Ga. Ketahui lebih lanjut di www.InCommPayments.com.

Maklumat mengenai MetaBank®, N.A.

MetaBank®, N.A., sebuah bank nasional, adalah sebuah anak syarikat milik Meta Financial Group, Inc.® (Nasdaq: CASH), sebuah syarikat pemegangan kewangan yang berpusat di Dakota Selatan. MetaBank, adalah sebuah syarikat penyedia kewangan yang berusaha meningkatkan ketersediaan, pilihan, dan peluang kewangan untuk semua. MetaBank berusaha untuk menghapuskan halangan yang dihadapi oleh institusi tradisional dalam cara akses kewangan, dan menggalakkan mobiliti ekonomi dengan menyediakan produk kewangan yang bertanggungjawab, selamat, berkualiti tinggi yang menyumbang kepada individu dan masyarakat pada teras bagi ekonomi sebenar. Maklumat tambahan boleh didapati dengan melayari www.metapay.com atau www.metafinancialgroup.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14412

No comments:

Post a Comment