Wednesday, April 14, 2021

SATU JEMPUTAN MESRA DARI PERGUNUNGAN WUDANG CHINA

 



DANJIANGKOU, China, 13 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 12 April, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri China telah mengadakan satu promosi global khas bagi Wilayah Hubei di China tengah. Pergunungan Wudang, tempat suci bagi Taoisme, sekali lagi membuat satu penampilan yang menakjubkan di hadapan seluruh dunia.

Sementara itu, “Pesta Tokong Warisan Kebudayaan Tak Ketara Pergunungan Wudang 2021” yang pertama sedang berlangsung di Jalan Yuxu, menurut Jawatankuasa Kerja Zon Ekonomi Khas Pelancongan Pergunungan Wudang. Persembahan seni mempertahankan diri yang hebat, tarian rakyat yang anggun, dan pertunjukan kostum Cina Han yang mempesonakan kesemuanya telah dipersembahkan. Acara itu akan berlangsung sehingga 6 Mei. Penduduk di bandar raya Shiyan menjemput pelancong dari dalam dan luar negeri untuk mengunjungi Pergunungan Wudang, turut serta dalam pesta tokong itu, menikmati pemandangan yang indah dan berlatih seni mempertahankan diri.

Pergunungan Wudang itu adalah satu warisan kebudayaan dunia, sebuah tempat suci Tao yang terkenal di China dan sebuah tempat indah yang utama negara. UNESCO berkata bahawa Pergunungan Wudang adalah satu daripada tempat paling indah di dunia dan sejarah besar China masih kekal di sana apabila ia termasuk kompleks bangunan kuno di Pergunungan Wudang dalam Senarai Warisan Kebudayaan Dunia.

Landskap semula jadi bagi Pergunungan Wudang itu sangat mengagumkan sehingga ia dikenali sebagai “gunung terindah di dunia.” Pergunungan Wudang itu mempunyai kompleks seni bina Tao yang paling lengkap dan terbesar di China. Bangunan-bangunan ini memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri rupa bumi, dan membangunkan istana-istana di antara puncak, pergunungan, lereng, batu dan sungai, yang mencerminkan tradisi halus bagi “kewujudan bersama manusia dan alam secara harmoni” dalam hasil seni bina China, dan menunjukkan idea “Tao mengikuti alam semula jadi dan perpaduan di antara manusia dan alam” dalam budaya tradisional Cina. Pergunungan Wudang oleh itu dikenali sebagai “muzium bagi pencapaian seni bina Cina kuno” dan “Kota Larangan yang tergantung pada cenuram”.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14449

No comments:

Post a Comment