Friday, April 23, 2021

ANAK YATIM DAN PELAJAR TAHFIZ DIRAIKAN DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB MENTERI KEWANGAN ANJURAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

 CYBERJAYA, 23 April (Bernama) -- Seramai 50 orang anak - anak yatim dan pelajar tahfiz dari 11 buah institusi diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 22 April bertempat di Dewan Bangsawan, Menara Hasil Cyberjaya.

 
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz turut menyampaikan sumbangan daripada LHDNM dan warga kerjanya kepada rumah kebajikan dan pusat tahfiz yang terdiri daripada:
 
1. Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras;
2. Pertubuhan Kebajikan & Perlindungan Nur Qaseh Malaysia;
3. Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah;
4. Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kasih; 
5. Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah;
6. Rumah Amal Budi Bistari;
7. Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku; 
8. Maahad Tahfiz Darul Muhibbin;
9. Sekolah Tahfiz Al Habbah; 
10. Maahad Tahfiz Al-Quran Al Khairiah; dan 
11. Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Bangi.
 
Selain program berbuka puasa, LHDNM turut mengimarahkan bulan Ramadan pada tahun ini menerusi penganjuran Program Hasil Quran Hour 2021 dan agihan bubur lambuk yang akan diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 03 Mei 2021.
 
Turut sama meraikan anak - anak yatim dan pelajar - pelajar tahfiz ini adalah YBhg. Dato' Asri bin Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan merangkap Pengerusi Anggota Lembaga LHDNM, YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Anggota-Anggota Lembaga LHDNM, Timbalan - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan warga kerja LHDNM. 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 
Tarikh: 22 Apr 2021

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

No comments:

Post a Comment