Thursday, April 1, 2021

PENYELESAIAN AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DALAM TAWARAN PERLINDUNGAN PERANTI PENGGUNA ALLSTATE PROTECTION PLANS

Kebolehan untuk melindungi kedua-dua peranti dan kandungan akan meningkatkan kesetiaan pelanggan dan mengukuhkan perhubungan pelanggan

BRIDGEWATER, N.J., 31 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, hari ini mengumumkan Allstate Protection Plans telah memilih penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss untuk disepadukan dalam tawaran pelan perlindungan peranti terpilih. Tambahan awan peribadi akan memberi pelanggan global keupayaan untuk menyandarkan dan mengurus aset digital yang berharga mereka – kenalan, foto, video, muzik, dokumen, mesej dan banyak lagi – daripada sebarang peranti Android atau iOS yang dilindungi.

Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss, berkata bahawa beliau amat teruja bahawa dua organisasi ini akan bekerjasama. “Peranti mudah alih berfungsi sebagai repositori untuk kebanyakan data peribadi dan dokumen penting kami dan keupayaan untuk menyandarkan dan melindungi kandungan ini secara mudah amat penting kepada pelanggan,” kata beliau. “Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Allstate Protection Plans untuk membantunya dalam memanfaatkan kesemua penyelesaian yang boleh ditawarkan Awan Peribadi Synchronoss termasuk kefleksibelan untuk menambahkan perkhidmatan nilai tambahan yang lain dengan pantas.”

Selain membuat sandaran kandungan secara automatik berdasarkan keutamaan pelanggan, awan peribadi yang dikuasakan Synchronoss memberi pelanggan pelan perlindungan peranti beberapa cara untuk mengatur dan berinteraksi dengan kandungan mereka dengan mudah, termasuklah:
  • Slaid pembentangan imbas kembali, sorotan dan segera yang menunjukkan kandungan dalam format yang hebat dan menarik
  • Ciri pengeditan dan perkongsian foto yang membenarkan pengguna meningkatkan ciri dan berkongsi memori dengan rakan dan keluarga
Allstate Protection Plans dibeli oleh pelanggan daripada pelbagai saluran, termasuk peruncit utama, operator global, dan secara terus daripada syarikat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14411

No comments:

Post a Comment