Thursday, April 15, 2021

PENEMPATAN SEMULA PEKERJA GLOBAL DILAYANI OLEH PEJABAT ANTARABANGSA WHR

MILWAUKEE, Wis., 14 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada tahun 2020, WHR Group, Inc. (WHR) telah membuka pejabat antarabangsa di Singapura, dan Basel, Switzerland, untuk menyokong perkhidmatan penempatan semula pekerja globalnya. Pejabat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan yang merangkumi perkhidmatan pratugasan, peralihan, pada tugasan dan penghantaran balik kepada penerima pindahan ekspatriat berbilang bahasa. Berserta ibu pejabat A.S. di Milwaukee, Wis., WHR membantu beberapa organisasi terbesar di dunia dan telah memindahkan ratusan ribu pekerja ke lebih daripada 120 negara di seluruh dunia.


Dimiliki sepenuhnya dan secara bebas sejak penubuhannya 26 tahun yang lalu. WHR mengkhusus dalam menyediakan pasukan penempatan semula khusus untuk setiap ekspatriat, perkhidmatan kendalian teliti (white glove service) dan ketersediaan 24/7 untuk keseluruhan proses penempatan semula – tugasan jangka panjang atau jangka pendek.

Pejabat Switzerland menyokong klien dan penerima pindahan mereka di Eropah, Timur Tengah dan Afrika manakala pejabat Singapura menyokong rantau Asia Pasifik. “Walaupun Covid-19 telah memperlahankan keupayaan individu untuk merentasi sempadan secara dramatik, kami kekal membuka pejabat ini untuk memenuhi kewajipan klien kami dan bersedia untuk memenuhi permintaan masa hadapan,” kata Presiden WHR, Paul De Boer. “Kami menjangkakan akan bangkit semula dengan baik sebaik sahaja pandemik tamat, dan kami telah mempunyai asas untuk melayani sebarang perluasan global yang diminta oleh klien kami”

Perihal WHR Group, Inc.
WHR Group Inc. (WHR) ialah syarikat pengurusan penempatan semula global yang dimiliki secara persendirian dan dipacu oleh klien yang dibezakan oleh penghantaran perkhidmatan terbaik dalam kelasnya dan teknologi proprietari yang canggih. WHR mempunyai pejabat di Milwaukee, Wis., Switzerland dan Singapura. Dengan kadar pengekalan pelanggan sebanyak 100% sejak dekad yang lalu, WHR terus menempatkan dirinya sebagai pembekal yang dipercayai dalam penempatan semula pekerja global. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang WHR, lawati http://www.whrg.com, atau ikuti @WHRGroup pada LinkedInTwitter dan Facebook.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14453

No comments:

Post a Comment