Wednesday, April 28, 2021

CYBER ​​INTELLIGENCE HOUSE DAN INTERPOL MENANDATANGANI PERJANJIAN SUMBANGAN YANG BERMAKSUD UNTUK MEMBANTU MENYIASAT JENAYAH SIBER

Di bawah ‘Perjanjian Sumbangan’ itu, Cyber ​​Intelligence House akan menyediakan perkhidmatan untuk melindungi data dan membantu di dalam penyiasatan jenayah siber.


LONDON, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di bawah perjanjian itu, Cyber ​​Intelligence House (CIH) akan bertanggungjawab bagi menyediakan kepada INTERPOL dengan sumber dan perkhidmatan yang membantu di dalam penyiasatan jenayah siber, jenayah Aset Maya (VA) dan memerangi serta memantau secara aktif laman web tertutup, yang dianggap penting untuk terus kekal selangkah di hadapan dengan penjenayah di seluruh dunia. Mikko Niemela, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Cyber ​​Intelligence House, sangat mempercayai bahawa ia adalah satu keadaan yang menguntungkan bagi semua pihak dengan menyatakan bahawa “perkongsian dengan INTERPOL memberikan kami satu peluang yang sangat baik untuk belajar daripada penyiasatan barisan hadapan yang membolehkan kami untuk meningkatkan penawaran perkhidmatan kami dengan lebih jauh lagi.”

Cyber ​​Intelligence House (CIH) akan bertanggungjawab untuk menyediakan teknologi dan perkhidmatan kepada INTERPOL bagi membantu mempercepatkan penyiasatan dan menjalankan analisis jenayah. Perkongsian itu bertujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan penyiasatan jenayah siber INTERPOL. Perkongsian yang saling menguntungkan itu “akan membolehkan CIH untuk mengembangkan lagi peranti mereka, berdasarkan kepada maklumat balas dari INTERPOL.” Mikko Niemela, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Cyber ​​Intelligence House.

INTERPOL adalah organisasi polis antarabangsa terbesar di dunia, yang dibentuk oleh negara-negara di seluruh dunia untuk mencegah jenayah antarabangsa. Hari ini, 194 buah negara menjadi anggota organisasi tersebut. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, INTERPOL telah mendapati mereka mengetuai pelbagai penyiasatan jenayah siber, dari mengenal pasti kecurian sehingga kepada pencurian mata wang kripto. Pada November 2020, INTERPOL telah mewujudkan Pertukaran Pengetahuan Jenayah Siber (CKE), yang memudahkan bagi penguatkuasaan undang-undang, organisasi antarabangsa, dan pakar-pakar keselamatan siber untuk bertukar-tukar maklumat.

Cyber ​​Intelligence House adalah sebuah syarikat keselamatan siber yang berpusat di Singapura yang menyediakan teknologi canggih bagi penyiasatan Darkweb, Deepweb, dan Pelanggaran Data. Direka untuk Penguatkuasaan Undang-undang, platform itu membolehkan penyiasat jenayah siber untuk mengakses sejumlah besar bukti daripada sumber yang tidak jelas dan tersembunyi seperti Pasaran Dark Web, Platform Bocor, dan Forum-forum Perbincangan yang terus berkembang dalam tepat masa dan sering wujud sejak beberapa tahun.
 
Mikko Niemela, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Cyber ​​Intelligence House, telah dipetik sebagai berkata, “Kami bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan penyiasatan tetapi juga belajar daripada barisan hadapan.

Beliau menambah, “Kami berharap dapat menjadi satu bahagian penting bagi membantu memerangi jenayah siber dan mengembangkan sumber untuk membantu mencegahnya.”

Maklumat mengenai Cyber Intelligence House

Cyber ​​Intelligence House adalah sebuah syarikat keselamatan siber yang berpusat di Singapura yang mengkhususkan diri dalam pemantauan pendedahan siber. Syarikat itu membolehkan perniagaan untuk mengesan dan bertindak balas awal terhadap potensi ancaman dan pendedahan siber. CIH bekerjasama dengan pelbagai pelanggan, termasuk kerajaan dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. Layari CIH di https://cyberintelligencehouse.com  untuk maklumat lanjut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14491

No comments:

Post a Comment