Friday, April 2, 2021

DIGITAL EDGE AKAN MEMPERLUASKAN PLATFORM KEHADIRAN DI KOREA SELATAN

Memperoleh dua pusat data di Korea Selatan dan membentuk satu pakatan strategik jangka panjang dengan Sejong Telecom

SINGAPURA, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Digital Edge (Singapura) Holdings Pte. Ltd. (“Digital Edge” atau “Syarikat” itu), sebuah platform pusat data terkemuka, yang ditubuhkan untuk mengubah infrastruktur digital di Asia dan disokong oleh Stonepeak Infrastructure Partners, hari ini mengumumkan rancangan untuk memperluaskan kehadiran serantau mereka ke Korea Selatan dengan memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperoleh aset pusat data Sejong Telecom dalam satu urus niaga semua tunai. Pada penutupan, Digital Edge akan memperoleh sebuah pusat data di Gangnam, Seoul dan sebuah kemudahan Stesen Pendaratan Kabel di Bandar raya Centum, Busan. Penambahan aset-aset strategik ini, termasuk operasi dan pelanggan mereka yang berkaitan, menandakan kemasukan awal Syarikat itu ke pasaran Korea dan memperkukuhkan lagi platform serantau mereka.

Urus niaga ini akan membolehkan Digital Edge untuk dengan serta merta menawarkan penyelesaian antara sambung dan pusat data di pasaran Korea yang berkembang pesat dan mewujudkan satu asas kukuh untuk pengembangan masa depan di dua metro utama – Seoul dan Busan. Pusat-pusat data Sejong Telecom terletak di lokasi strategik dan membawa banyak pilihan penyambungan daripada pelanggan yang sedia ada. Digital Edge merancang untuk melabur modal tambahan bagi mengembangkan kapasiti dan meningkatkan kecekapan tenaga bagi kedua-dua kemudahan tersebut. Di antara urus niaga itu dan pengembangan seterusnya, Digital Edge menjangka akan melabur lebih AS$120 juta.

Untuk sekian lama, penyedia perkhidmatan awan, kandungan, dan rangkaian global telah menyatakan satu keinginan yang kuat untuk pilihan antara sambung yang lebih fleksibel dan menjimatkan kos di pasaran Korea. Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, Sejong Telecom dan Digital Edge telah juga memasuki satu perkongsian strategik jangka panjang untuk membawa produk dan perkhidmatan yang berinovatif ke tempat pasaran bagi memenuhi jangkaan bagi kedua-dua pelanggan domestik dan antarabangsa.

“Dengan komitmen modal AS$1 bilion kami untuk membina Platform Edge Digital di Asia, kami sangat teruja untuk mengumumkan rancangan untuk memasuki pasaran Korea, berikutan pelaburan awal kami di pusat-pusat data di Jepun. Korea adalah satu daripada pasaran yang paling pesat berkembang di Asia dengan infrastruktur digital yang paling maju,” kata Samuel Lee, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Digital Edge. “Urus niaga ini menyediakan satu peluang besar bagi syarikat-syarikat multinasional, dan juga perniagaan Korea, untuk memanfaatkan platform Digital Edge bagi meningkatkan jejak digital mereka di Korea dengan saling berhubungan dengan sebuah ekosistem yang kaya bagi pelanggan dan rakan di semua kemudahan utama di Seoul dan Busan.”

“Perkongsian kami dengan Digital Edge akan mempercepatkan lagi peluang-peluang transformasi digital untuk pelanggan perusahaan Korea,” kata Yoo Ki-yoon, Presiden bagi Sejong Telecom. “Kami berharap dapat menggabungkan akses kepada platform pusat data antara sambung Digital Edge yang kaya dengan sambungan rangkaian lanjutan Sejong Telecom untuk menawarkan satu penyelesaian yang dibolehkan awan dan rangkaian yang lebih luas.”

“Pengambilalihan bagi aset strategik ini di Korea Selatan akan membentuk satu teras kukuh bagi platform serantau kami yang semakin matang,” kata Yongsuk Choi, Ketua Pegawai Operasi Pusat Data dan Infrastruktur bagi Digital Edge. “Ia akan menempatkan Digital Edge sebagai sebuah pusat data dan penyedia perkhidmatan antara sambung yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan di Korea Selatan, dengan aset berkualiti tinggi dari Seoul ke Busan dan sebuah ekosistem yang besar dan pelbagai bagi perniagaan Korea dan multinasional. Selain itu, ia membuka pintu masuk utama bagi seluruh Asia melalui sistem kabel dasar laut di kawasan Busan.”

Urus niaga itu dijangka ditutup pada suku kedua 2021 dan adalah tertakluk kepada syarat-syarat penutupan lazim dan kelulusan badan kawal selia.

Maklumat mengenai Digital Edge

Beribu pejabat di Singapura, Digital Edge adalah sebuah syarikat platform pusat data yang dipercayai dan berpandangan ke hadapan, yang ditubuhkan untuk mengubah infrastruktur digital di Asia. Melalui pembinaan dan pengoperasian pusat-pusat data yang canggih, cekap tenaga dengan pilihan penyambungan, Digital Edge berhasrat untuk membawa pilihan lokasi bersama dan antara sambung baharu ke pasaran Asia, sekali gus menjadikan penggunaan infrastruktur di Asia lebih mudah, cekap dan menjimatkan.

Digital Edge telah diasaskan oleh sebuah pasukan pengurusan kanan berpengalaman dengan mempunyai pengalaman beberapa dekad di dalam industri dan sebuah rekod prestasi yang mantap bagi penciptaan nilai di dalam pusat data, awan dan industri telekomunikasi di rantau Asia Pasifik. Disokong oleh Stonepeak Infrastructure Partners, Digital Edge memiliki modal komited melebihi AS$1 bilion untuk mewujud dan memacukan platform pusat data mereka di Asia.

Maklumat mengenai Stonepeak Infrastructure Partners

Stonepeak Infrastructure Partners (www.stonepeakpartners.com) adalah sebuah firma ekuiti persendirian yang bertumpukan kepada infrastruktur yang beribu pejabat di New York yang menguruskan $31.3 bilion bagi modal untuk pelabur mereka (setakat Februari, 2021). Stonepeak melabur di dalam perniagaan dan projek yang berpanjangan dan aset ketara yang menyediakan perkhidmatan penting kepada pelanggan, dan berusaha untuk bekerjasama secara aktif dengan pasukan pengurusan berkualiti tinggi, memudahkan peningkatan operasi, dan menyediakan modal untuk inisiatif pertumbuhan.

Maklumat mengenai Sejong Telecom

Sejong Telecom Incorporated, ditubuhkan pada Jun 1992 di Seoul, Korea, adalah sebuah penyedia terkemuka bagi teknologi, komunikasi, produk dan perkhidmatan maklumat. Sejong Telecom menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian suara, data dan video pada rangkaian dan platform canggih mereka, memenuhi permintaan pelanggan untuk penyambungan, keselamatan, dan kawalan rangkaian yang boleh dipercayai. Sebagai sebuah syarikat pembawa neutral, Sejong Telecom menyediakan perkhidmatan penyambungan, termasuk talian khusus, IX dan perkhidmatan data, dan juga menyediakan perkhidmatan berwayar, tanpa wayar, dan mudah alih MVNO. Sejong Telecom telah berkembang ke pasaran baru muncul, seperti platform, kandungan, kediaman, keselamatan, penyelesaian, dan blok rantai, untuk pertumbuhan lestari. Misi Sejong Telecom adalah untuk menghubung, mewujudkan bersama, dan berkongsi nilai tambah kepada setiap peserta, dengan mencetuskan sinergi penumpuan dengan perniagaan telekomunikasi dan platform yang sedia ada merentasi pelbagai sektor industri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sejong Telecom, sila layari https://sejongtelecom.net.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14418

No comments:

Post a Comment