Wednesday, April 28, 2021

DYADIC INTERNATIONAL MENGADAKAN SEMBANG SANTAI TENTANG "POTENSI TEKNOLOGI PROTEIN C1 DYADIC YANG TRANSFORMATIF DALAM MEMBANTU UNTUK MENANGANI CABARAN KESIHATAN GLOBAL"

Sembang Santai Diadakan pada Selasa, 4hb Mei @ 10 pagi Waktu Timur

JUPITER, Fla., 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dyadic International, Inc. ("Dyadic", "kami", atau "Syarikat") (NASDAQ:DYAI), sebuah syarikat bioteknologi global yang menumpukan pada pembangunan dan pelaksanaan platform pengeluaran protein sel C1 proprietari untuk mengoptimumkan pembangunan vaksin, terapeutik dan produk berasaskan protein lain, hari ini telah mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan sembang santai pada Selasa, 4 Mei 2021 pada pukul 10:00 pagi Waktu Timur. Sembang santai itu akan menumpukan pada potensi teknologi protein C1 Dyadic yang transformatif dalam membantu untuk menangani cabaran kesihatan global.

Perbincangan yang akan dikendalikan oleh moderator itu akan menampilkan Pemimpin Pendapat (KOL) yang berikut:
  • Alain Townsend, Ph.D. – Weatherall Institute - Universiti Oxford
  • Albert Osterhaus, P.V.M, Ph.D. – Pusat Perubatan Erasmus
  • Cecil Nick – Parexel (Sokongan Klinikal & Kawal selia)
  • Joris Vandeputte – International Alliance for Biological Standardization
Perbincangan itu akan merangkumi:
  • Pertimbangan kawal selia dan manfaat platform C1
  • Kajian kes yang menjelaskan tentang pengeluaran antigen bernilai tinggi yang berjaya untuk kedua-dua Virus Schmallenburg dan Virus Demam Rift Valley berkaitan prestasi dalam platform pengeluaran lain
  • Usaha yang dijalankan oleh Dyadic untuk menghadapi varian SARS-CoV-2 yang memuncul termasuk usaha pembangunan Dyadic dalam memajukan calon vaksin domain pengikatan reseptor (RBD) untuk SARS-CoV-2 – DYAI-100 serta kejuruteraan titisan sel C1 untuk mengeskpres varian yang dikenali dan memuncul
  • Potensi platform C1 untuk membangunkan dan mengeluarkan COVID-19 pelbagai valen dan vaksin subunit lain termasuk vaksin pan-koronavirus yang boleh melindungi daripada kebanyakan atau semua varian
  • Membuat kejuruteraan gliko sel C1 untuk menghasilkan mAbs dan antibodi lain
Perbualan itu akan menampilkan Dr. David Bramhill sebagai moderator, seorang veteran dalam industri bioteknologi dengan pengalaman yang luas menggunakan pelbagai teknologi pengeluaran protein termasuk E. coli, Saccharomyces cerevisiae, Pichia pastoris, Tetrahymena, sel stabil Serangga SF9 (bukan bakulovirus), CHO dan HEK293.

Anda diundang untuk menyertai perbincangan penting ini. Anda akan mengetahui sebab Dyadic dan semakin ramai pemimpin pendapat dan pakar bidang percaya bahawa platform pengeluaran protein C1 oleh Dyadic memberikan penyelesaian pengeluaran yang kukuh untuk pengeluaran komersial skala fleksibel yang berkesan kos untuk terapeutik dan vaksin.

Anda boleh mendaftar untuk sembang santai ini di sini.

Alain Townsend, Ph.D. ialah seorang ahli imunologi di Weatherall Institute of Molecular Medicine, University of Oxford, yang telah menjalankan kajian tentang COVID-19 sepanjang tahun lepas.

Kebanyakan kajian Dr. Townsend adalah berkaitan dengan penyampaian antigen Influenza dengan molekul kelas I bagi kompleks Kehistoserasian Major. Sebelum ini, beliau telah mengenal pasti sasaran utama bagi sel T sebagai nukleoprotein terpelihara dan komponen protein matriks bagi virus tersebut dan telah menunjukkan bahawa sistem penyampaian antigen sitosolik yang menghasilkan peptida yang diterbitkan daripada protein ini ke dalam ER yang menjadi tempat pengikatannya kepada molekul MHC kelas I. Dengan pandemik yang berlaku baru-baru ini, minat ini diteruskan dengan pelanjutan praktikal dalam isu tentang sama ada imuniti heterotip (antara strain pandemik) boleh dicetuskan dalam manusia dengan strain influenza hidup dilemahkan. Kami telah membangunkan reka bentuk sendiri bagi virus hidup dilemahkan yang dipanggil S-FLU, yang bergantung pada mutasi dalam turutan isyarat hemaglutinin yang permisif terhadap jangkitan tetapi mencegah replikasi virus. Manfaat pendekatan ini ialah semua protein viral dinyatakan dalam konteks mereka yang sewajarnya di dalam paru-paru dan oleh itu boleh mencetuskan respons sel T dan B setempat yang penuh. Dr. Townsend sedang membangunkan kaedah untuk menyampaikan virus vaksin menggunakan aerosol dengan kerjasama Ronan Mac Loughlin di Aerogen. Keputusan awal dengan kerjasama Dr. Kanta Subbarao (NIH) menunjukkan bahawa virus vaksin kami mampu untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jenis influenza paling virulen dalam model jangkitan murin dan feret dan kami sedang mengkaji respons di dalam khinzir sebagai haiwan besar yang relevan (dengan kerjasama Elma Tchillian, Pirbright). Dr. Townsend kini sedang mengkaji mekanisme imuniti ini di dalam khinzir.

Albert Osterhaus, P.V.M, Ph.D. pernah menjadi Ketua Jabatan Virosains di Erasmus MC Rotterdam hingga 2014, yang kini Pengarah Pusat Perubatan Jangkitan dan Penyelidikan Zoonosis dan Profesor Undangan di University of Veterinary Medicine Hannover. Beliau sudah lama berkecimpung sebagai penyelidik saintifik dan Ketua Penyiasat bagi pelbagai projek saintifik yang utama. Di Erasmus MC, Profesor Osterhaus telah menjalankan makmal virologi diagnostik dengan lebih 40 kakitangan dan makmal virologi penyelidikan dengan lebih 150 pegawai. Program penyelidikannya mengikut konsep “virosains” bersepadu yang baharu, menghimpunkan saintis terkemuka dunia dalam virologi molekul, imunologi, epidemiologi, patogenesis dan kajian intervensi tentang jangkitan manusia dan virus haiwan. Antara pencapaian besarnya ialah penemuan lebih daripada 70 virus baharu manusia dan haiwan (cth. metapneumovirus manusia, koronavirus, virus influenza), penjelasan patogenesis bagi jangkitan manusia dan virus haiwan dan pembangunan strategi intervensi baharu.

Penghargaan antarabangsa untuk Profesor Osterhaus diserlahkan lagi dengan anugerah besar, jemputan ceramah undangan, jawatan penganjur (bersama) bagi mesyuarat antarabangsa dan penyunting bagi jurnal saintifik. Profesor Osterhaus telah menjadi mentor untuk lebih 80 pelajar PhD dan memegang beberapa paten penting. Beliau juga pengarang bagi lebih 1300 kertas kerja dalam jurnal semakan rakan kesepakaran, serta dipetik lebih daripada 70,000 kali dan dengan indeks H > 116. Buat masa ini, beliau juga merupakan Pengerusi bagi European Working Group on Influenza (ESWI). Beliau telah menganjurkan pelbagai persidangan saintifik antarabangsa tentang influenza dan jangkitan lain yang memuncul, memegang beberapa jawatan penyunting kanan dan telah menerima pelbagai anugerah berprestij. Beliau ialah ahli Akademi Sains Kebangsaan Belanda dan Jerman, ahli Belgium Academia of Medicine dan Komander bagi Order of the Dutch Lion.

Cecil Nick, Naib Presiden (Teknikal), di PAREXEL telah bekerja dalam hal ehwal kawal selia dan pembangunan klinikal selama lebih 30 tahun; lebih 25 tahun beliau telah menumpukan pada perubatan biologi. En. Nick memiliki kepakaran dalam monoklon dan bioserupa, dengan pengalaman dalam lebih 20 program sedemikian, terlibat dalam lebih 50 interaksi dan mesyuarat dengan agensi kawal selia di EU, AS, Kanada, Australia, Mexico, Brazil dan menyokong 6 penyerahan di EU dan AS. Beliau juga pernah banyak menyertai mesyuarat industri dan antarabangsa berkenaan subjek tersebut. Di samping itu, En. Nick berpengalaman luas dalam ubat yatim dan dalam pelbagai bidang terapeutik termasuk tetapi tidak terhad kepada, onkologi, jangkitan keradangan, diabetes, tumbesaran dan hematologi.

En. Nick ialah Felo TOPRA dan telah menjadi pensyarah undangan di Cardiff University MSc dalam kursus Penyelidikan Klinikal dan Greenwich University MSc dalam kursus Sains Farmaseutikal dan ketua Modul Biotek untuk kursus Msc TOPRA. Beliau juga sebahagian daripada panel suntingan bagi Penyelidikan Klinikal SCRIP dan telah mengarang pelbagai artikel tentang isu kawal selia dan pembangunan klinikal.

Dr. Joris Vandeputte, Presiden IABS (International Alliance for Biological Standardization), ialah ahli pengasas IABS-EU, sekutu Eropah bagi IABS. Sejak 1955, IABS ialah platform bebas global, yang menjadi tempat pihak berkepentingan bertemu untuk perbincangan tentang sains dan isu berkaitan vaksin, terapi sel dan gen dan Bioterapeutik manusia. IABS merangsang pembinaan sepersetujuan yang akhirnya menghasilkan rangka kerja kawal selia dan pengesyoran kepada pembuat keputusan. Pada Disember 2019, IABS dan VAC2VAC telah menganjurkan persidangan tentang pengujian Haiwan untuk vaksin - Melaksanakan Penggantian, Pengurangan dan Penghalusan: Cabaran dan Keutamaan di Bangkok, Thailand, 3-4 Disember 2019

Dr. Vandeputte memperoleh sarjana kedoktoran dalam Perubatan Veterinar pada 1976 di Gent University, Fakulti Perubatan Veterinar, Belgium. Sebagai ahli virologi di universiti ini (1976-1980), Joris menemukan flu H1N1 sebagai patogen untuk khinzir, membawakan pemahaman lebih baik tentang H1N1 sebagai zoonosis. Kemudian, di Kementerian Pertanian Belgium, beliau menumpukan pada kawalan penyakit haiwan di Belgium dan Kesatuan Eropah sebelum menyertai Institut Mérieux, Rhône Mérieux, yang menjadi Merial. Dr. Vandeputte mempunyai lebih 35 tahun pengalaman dalam sains, industri dan organisasi antarabangsa. Beliau telah terlibat dalam rantaian nilai lengkap vaksin: penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran, kawal selia dan pemasaran.

Perihal Platform Pengeluaran Protein C1

Platform pengeluaran protein C1 menyampaikan peluang signifikan untuk memanfaatkan teknologi pengeluaran protein perindustrian untuk mengatasi batasan teknologi pengeluaran protein yang lama, lalu membolehkan pengeluaran terapeutik dan vaksin berskala besar. Dalam norma vaksinasi global yang baharu, dunia ini memerlukan teknologi pengeluaran protein yang serba boleh dan boleh dipercayai yang menyediakan respons pantas dan pengeluaran yang menyeluruh dan berkesan kos. Sejak 2016, Dyadic telah sibuk menjuruterakan semula platform pengeluaran protein C1 untuk menghasilkan vaksin & terapeutik berasaskan glikoprotein rekombinan untuk kegunaan kesihatan manusia dan haiwan.

Perihal Dyadic International, Inc.

Dyadic International, Inc. ialah sebuah syarikat bioteknologi global yang membangunkan sesuatu yang dipercayai akan menjadi platform ekspresi gen biofarmaseutikal penting berasaskan fungus Thermothelomyces heterothallica (sebelum ini dikenali sebagai Myceliophthora thermophila), yang dipanggil C1. Mikroorganisma C1, yang mendayakan pembangunan dan pengeluaran berskala besar protein kos rendah, berpotensi untuk dibangunkan lebih lanjut ke dalam sistem ekspresi yang selamat dan berkesan, yang boleh membantu untuk mempercepat pembangunan, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan prestasi vaksin biologi dan ubat pada skala komersial yang fleksibel. Dyadic menggunakan teknologi C1 dan teknologi lain untuk menjalankan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti komersial lain untuk membangunkan dan mengeluarkan vaksin dan ubat manusia dan haiwan, contohnya virus seperti partikel (VLP) dan antigen, antibodi monoklon, fragmen antibodi Fab, protein Fc-Fusion, bioserupa dan/atau biolebih baik, dan protein terapeutik lain. Sesetengah aktiviti penyelidikan lain sedang dijalankan, termasuk penerokaan yang menggunakan C1 untuk membangunkan dan menghasilkan metabolit tertentu dan produk biologi lain. Dyadic menjalankan penyelidikan dan kerjasama pembangunan, pengurusan lesen dan peluang komersial lain dengan rakan kongsi dan rakan usaha samanya untuk memanfaatkan nilai dan manfaat teknologi ini dalam pembangunan dan pengeluaran biofarmaseutikal. Memandangkan populasi menua semakin meningkat di negara maju dan tidak maju, Dyadic percaya teknologi C1 akan dapat membantu untuk memasarkan vaksin biologi, ubat dan produk biologi lain dengan lebih cepat, lebih banyak, pada kos yang lebih rendah, dan dengan ciri baharu bagi pembangun dan pengeluar ubat, dan meningkatkan akses dan kos kepada pesakit dan sistem penjagaan kesihatan, tetapi paling penting, menyelamatkan nyawa.

Sila layari laman web Dyadic di http://www.dyadic.com untuk maklumat tambahan, termasuk butiran berkenaan rancangan Dyadic untuk perniagaan biofarmaseutikalnya.

Pelabuhan Selamat Berkenaan Pernyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk penyataan berkenaan jangkaan, niat, strategi, dan kepercayaan Dyadic International berkaitan kejadian akan datang atau prestasi kewangan akan datang. Kejadian atau keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada maklumat yang terdapat dalam pernyataan prospektif kerana pelbagai faktor penting, termasuk faktor yang diterangkan dalam pemfailan paling terkini Syarikat dengan SEC. Dyadic tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini secara umum sebarang pernyataan prospektif, sama ada kerana maklumat baharu, kejadian akan datang atau sebaliknya. Untuk keterangan yang lebih lengkap tentang risiko yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada jangkaan semasa kita, sila lihat bahagian bertajuk “Faktor Risiko” dalam laporan tahunan Dyadic pada Borang 10-K dan laporan suku tahunan pada Borang 10-Q yang difailkan dengan SEC, kerana faktor tersebut mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa dalam pemfailan berkala Dyadic dengan SEC, yang boleh diakses di laman web SEC dan di http://www.dyadic.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14493

No comments:

Post a Comment