Thursday, April 15, 2021

GLIDE MELANCARKAN ANUGERAH SULUNG BAGI PENGHAPUSAN PENYAKIT

 - Institut kesihatan global baharu yang berpusat di Abu Dhabi melancarkan anugerah penghapusan penyakit mereka yang pertama

- 5 anugerah sehingga USD200,000 setiap satu

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu & LONDON, 14 April (Bernama-
BUSINESS WIRE) -- Global Institute for Disease Elimination (GLIDE), sebuah Institut kesihatan global baharu yang berpusat di Abu Dhabi yang memberi tumpuan kepada menghapuskan penyakit berjangkit yang berpunca daripada kemiskinan, telah melancarkan Anugerah Falcon bagi Penghapusan Penyakit, dalam satu usaha untuk mencari dan melaksanakan pendekatan yang berinovatif kepada penghapusan penyakit.

Ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Yang Amat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed, Putera Mahkota bagi Abu Dhabi, dan Yayasan Bill & Melinda Gates, GLIDE mengenal pasti pengetahuan kesihatan saintifik, kebudayaan, dan global terkini dan menerapkannya dalam bentuk tindakan bersama rakan-rakan melalui program untuk memajukan penghapusan penyakit.

Anugerah Falcon itu, yang dibuka untuk penyerahan secara dalam talian pada 4 Mei 2021, mempelawa Organisasi-organisasi Bukan Kerajaan (NGO), yayasan dermawan, gabungan atau rangkaian bagi Organisasi Masyarakat Madani (CSO), institusi akademik atau penyelidikan, Perkongsian Awam-Swasta (PPP), dan institusi sektor awam atau swasta di negara-negara endemik untuk mengemukakan cadangan yang bertujuan untuk mempercepatkan penghapusan bagi satu atau lebih daripada empat penyakit yang menjadi tumpuan GLIDE: malaria, polio, filariasis limfatik, dan onkoserkiasis.

GLIDE terutamanya mencari cadangan yang menangani pendekatan rentas sempadan, penyakit bersilang, program bersilang, atau sektor bersilang kepada penghapusan penyakit. Penyampaian harus ditumpukan kepada pelaksanaan idea-idea yang berinovatif dan penyelidikan yang mapan yang mempunyai potensi tinggi untuk menjadi pemangkin, transformasi, atau benar-benar baharu di dalam pendekatan, atau pada penyelidikan pengendalian dengan prospek untuk menyediakan penyelesaian kepada cabaran penghapusan penyakit yang sedia ada.

Simon Bland, Ketua Pegawai Eksekutif bagi GLIDE, berkata
: “Di GLIDE, kami sangat yakin di dalam satu pendekatan bersepadu dan usaha sama untuk menangani penyakit berjangkit yang berpunca daripada kemiskinan. Anugerah Falcon itu untuk Penghapusan Penyakit akan membantu memaju dan memperkuatkan usaha ini.”

Lima pemenang akan diumumkan pada akhir tahun ini berikutan satu penilaian menyeluruh oleh sebuah panel juri yang terdiri daripada pakar-pakar kesihatan global yang sangat dihormati. Setiap pemenang akan menerima sejumlah wang sehingga USD200,000 untuk membiayai dan melaksanakan penyelesaian mereka yang unik kepada penghapusan penyakit.

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Falcon itu dan cara untuk menyertainya, sila layari: 
https://glideae.org/awards

[AKHIR]

Nota untuk editor:

Anugerah Falcon – tarikh penting:

  • 4 Mei 2021: Permohonan dibuka
  • 13 Jun 2021: Tarikh akhir untuk penyerahan
  • November - Disember 2021: Pemenang diumumkan
Maklumat mengenai GLIDE

GLIDE adalah sebuah Institut kesihatan global yang baharu, berakar umbi di Abu Dhabi, dengan memberi tumpuan kepada mempercepatkan penghapusan bagi empat penyakit yang berpunca daripada kemiskinan yang boleh dicegah: pada masa ini malaria, polio, filariasis limfatik, dan buta sungai, menjelang tahun 2030 dan seterusnya. Ditubuhkan pada tahun 2019 sebagai satu hasil usaha sama di antara Yang Amat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed, Putera Mahkota bagi Abu Dhabi, dan Yayasan Bill & Melinda Gates, GLIDE mengenal pasti pengetahuan kesihatan saintifik, kebudayaan, dan global terkini dan menerapkannya dalam bentuk tindakan bersama rakan-rakan mereka melalui program, pembiayaan, dan pengembangan kemahiran untuk menyokong sistem penjagaan kesihatan tempatan dan memajukan pemikiran global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://glideae.org/



http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14457

No comments:

Post a Comment