Tuesday, April 27, 2021

EKSO MEMPERLUAS PENGGUNAAN RANGKA LUAR ROBOTIK MILIKNYA MERENTASI ASIA

Royal Rehab merupakan pusat pertama yang disahkan untuk membawa EksoNR ke Australia

SYDNEY, Australia, 26 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ekso Bionics, sebuah peneraju industri dalam teknologi rangka luar dengan kehadirannya di Malaysia, Ekso Bionics mengumumkan kerjasama dengan Royal Rehab di Australia, untuk meluaskan penggunaan rangka robotik miliknya merentasi rantau Asia Pasifik.

Dengan pelan perluasan terkini oleh Ekso Bionics di Asia Pasifik, EksoNR kini berada Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Australia. Ekso merupakan rangka luar robotik yang paling kerap digunakan secara klinikal di seluruh dunia dan di Asia, serta telah membantu pesakit mengambil lebih daripada 130 juta langkah di seluruh dunia.

Royal Rehab, pembekal perkhidmatan sokongan pemulihan dan ketidakupayaan utama Australia, telah menandatangani perjanjian dengan Ekso Bionics untuk membawa teknologi rangka luar lanjutan ke Australia.

Pemerolehan tersebut menandakan permulaan pelan Royal Rehab untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam pemulihan yang dipacu teknologi melalui pemerolehan teknologi bantuan.

Bukti Klinikal Mencadangkan Latihan Gaya Jalan EksoNR:
  • Meningkatkan keseimbangan fungsi di luar peranti dalam kalangan pesakit yang mengalami kecederaan korda spina (SCI) dengan pergerakan yang tidak sempurna.
  • Meningkatkan jarak berjalan di luar peranti dalam kalangan pesakit dengan penyakit strok dan SCI dengan pergerakan yang tidak sempurna semasa mereka menamatkan rawatan berbanding sebelum mereka menerima rawatan.
  • Meningkatkan kelajuan gaya jalan pesakit di luar peranti semasa mereka menamatkan rawatan berbanding sebelum mereka menerima rawatan.
Matt Mackay, Ketua Pegawai Eksekutif Royal Rehab, menyatakan bahawa kemajuan teknologi sedang memacu hasil yang lebih baik dan lebih pantas untuk pesakit yang mengalami keadaan dan kecederaan yang boleh mengubah hidup, namun sehingga kini pilihan ini masih belum tersedia di Australia.

“Mereka yang dirawat untuk keadaan neurologi di luar negara akan sering kali mempunyai akses kepada teknologi bantuan yang akan mengubah kualiti kehidupan seseorang dengan ketara,'' kata Mackay.

“Robotik, realiti maya dan rangka luar merupakan sebahagian daripada program pemulihan di negara lain kerana teknologi ini boleh mempercepat pemulihan, kekuatan dan mobiliti kepada tahap yang baharu. Pesakit di Australia kini mempunyai peluang untuk mengakses teknologi yang berpotensi mengubah hidup mereka.”

“Visi kami adalah untuk mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan dalam teknologi pemulihan yang akan memperkasa orang yang mengalami ketidakupayaan dengan tahap kebebasan, pilihan dan kemandirian yang tiada tandingannya,’’kata Mackay.

EksoNR buat masa ini boleh didapati melalui perkhidmatan Royal Rehab termasuklah Hospital Swasta Royal Rehab, Perkhidmatan Pemulihan Komuniti, dan unit pakar otak dan kecederaan spina, dan akan tersedia di Hospital MetroRehab tidak lama lagi. Royal Rehab juga masih dalam perbincangan dengan Ekso Bionics untuk bertindak sebagai tapak demonstrasi EksoNR, untuk pembekal pemulihan yang lain dalam pasaran Australia pada masa hadapan.

Menurut Chwee Foon, Presiden Asia Pasifik, Ekso Bionics, “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Royal Rehab sebagai salah sebuah pusat pemulihan kami yang sah , untuk membawa EksoNR kepada warga Australia. Dengan reputasi mereka yang kukuh dalam pemulihan neurologi, otak dan kecederaan korda spina serta komitmen untuk memperkasa orang mencapai potensi mereka, organisasi ini ternyata sangat sesuai. Kerjasama ini telah mengukuhkan lagi matlamat kami untuk meningkatkan kebolehcapaian teknologi robotik kami merentasi Asia Pasifik.”

EksoNR ditetapkan untuk merevolusikan amalan pemulihan di Malaysia dan Asia dengan keupayaannya untuk membantu dalam meningkatkan pemulihan pesakit berikutan angin ahmar, kecederaan otak yang diperoleh dan kecederaan spina korda. Ekso telah diagihkan secara aktif merentasi pelbagai hospital pemulihan dan pusat pemulihan harian di komuniti merentasi negara utama Asia.

Di Malaysia, terdapat 92 kemasukan ke hospital berkaitan angin ahmar setiap hari. Angin ahmar merupakan punca utama ketidakupayaan jangka panjang dan kehilangan mobiliti, terutamanya dalam kalangan warga emas. Lebih daripada 65% pesakit strok mempunyai keupayaan yang terjejas untuk berjalan kaki dan 30% mempunyai kecacatan motor jangka panjang.

Perihal Royal Rehab
Royal Rehab ialah peneraju pembekal sokongan pemulihan dan ketidakupayaan serta organisasi bukan keuntungan yang berdaftar. Ditubuhkan pada tahun 1899, Royal Rehab dikenali secara meluas sebagai pakar pemulihan kecederaan otak dan korda spina di seluruh dunia. Perkhidmatan ini juga menggabungkan penginapan yang disokong, dua hospital persendirian (Royal Rehab Private dan Hospital MetroRehab), pusat peranginan yang dibina untuk pesakit dengan kecederaan korda spina dan perkhidmatan komuniti yang memberi klien kami penjagaan kualiti yang menyeluruh. Royal Rehab diuruskan oleh pasukan yang berpengalaman dan khusus untuk memaksimumkan kemahiran hidup, keupayaan dan kebebasan. Kami menyediakan pendekatan yang terbaik dalam kelasnya melalui komitmen kami terhadap kecemerlangan klinikal, program inovatif dan perkhidmatan berpusatkan individu.

Untuk maklumat lanjut tentang Royal Rehab, lawati www.royalrehab.com.au

Perihal Ekso Bionics®
Ekso Bionics® ialah peneraju kepada penyelesaian rangka luar yang meningkatkan potensi manusia dengan menyokong atau meningkatkan kekuatan, ketahanan dan mobiliti pada seluruh aplikasi perubatan dan industri. Ditubuhkan pada tahun 2005, Syarikat terus meningkatkan kepakaran peneraju industri untuk mereka bentuk beberapa robot canggih dan inovatif yang boleh digunakan dan tersedia di pasaran. Ekso Bionics ialah satu-satunya syarikat rangka luar yang menawarkan teknologi yang terdiri daripada membantu pesakit yang lumpuh untuk berdiri dan berjalan kepada meningkatkan keupayaan manusia di tapak kerja di seluruh dunia. Syarikat ini yang beribu pejabat di San Francisco Bay Area dan disenaraikan pada Nasdaq Capital Market di bawah simbol “EKSO.” Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: www.eksobionics.com atau ikuti @EksoBionics pada Twitter.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14489

No comments:

Post a Comment