Friday, September 4, 2020

NORMA BAHARU SHOWCASE INOVASI TEAM EXCELLENCE (RISTEX) WILAYAH TENGAH, 2020 MELALUI KAEDAH DIGITAL

 PETALING JAYA, 4 Sept (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Tengah (CRO) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan Showcase Inovasi Team Excellence (RISTEx) Peringkat Wilayah Tengah 2020 secara digital seiring dengan saranan kerajaan dan halatuju negara ke arah pendigitalan perkhidmatan sektor awam. Penganjuran amalan terbaik inovasi syarikat secara maya ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan secara norma baharu dalam menyebarluas maklumat kepada sektor awam dan swasta diseluruh Malaysia tanpa sempadan.


Penjimatan kos yang dicatatkan oleh kumpulan projek adalah sebanyak RM136 juta telah berjaya direkodkan melalui penganjuran RISTEx Wilayah Tengah pada kali ini. Showcase Inovasi secara digital ini telah menarik penyertaan sebanyak 54 kumpulan dari 22 organisasi sektor awam dan swasta di seluruh Malaysia yang melibatkan seramai 350 orang pesera dari pelbagai peringkat di dalam organisasi. Semua kumpulan yang bertanding berpeluang untuk menyertai Annual Productivity & Innovation Conference (APIC) dan seterusnya melayakkan mereka untuk bertanding ke peringkat antarabangsa.

Penganjuran secara atas talian ini merupakan inisiatif baharu dalam program-program anjuran MPC yang selama ini dijalankan secara fizikal.

Menurut Pengarah MPC Wilayah Tengah, Puan Saliza Saari, usaha ini dapat memastikan tahap produktiviti sentiasa meningkat melalui idea inovasi dan kreatif bagi kecemerlangan organisasi. Menurut beliau juga penganjuran secara digital ini membuktikan MPC dan Industri sentiasa bekerjasama dalam membantu meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. 


SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

No comments:

Post a Comment