Thursday, September 24, 2020

NETSFERE MEMBAWAKAN KUASA KOMUNIKASI SELAMAT KE TEMPAT KERJA DENGAN MENDAYAKAN PANGGILAN VIDEO BERKUMPULAN YANG DISULITKAN DAN ALATAN KOMUNIKASI MASA NYATA PADA PLATFORM PEMESEJANNYA

Syarikat ini melancarkan kemas kini produknya yang paling maju dengan alatan komunikasi yang selamat dan mematuhi kawal selia serta mendayakan kerjasama pasukan dengan segera dan mengikut konteks, pada masa yang sama mengurangkan keperluan mesyuarat rasmi dan memakan masa


CHICAGO, 23 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
NetSfere, perkhidmatan pemesejan mudah alih yang selamat dan memenangi anugerah ini telah mengumumkan kemas kini produk paling maju pada hari ini, bersama-sama pelancaran panggilan video dan suara berkumpulan yang disulitkan serta kerjasama masa nyata untuk mudah alih dan desktop. Ciri baharu ini direka bentuk untuk meningkatkan kerjasama pasukan dan mendorong produktiviti di tempat kerja melalui pengalaman komunikasi yang lebih mengikut konteks dan lancar, bersama pemesejan suara, video dan pesanan serta pada masa yang sama, membolehkan perusahaan mengekalkan kawalan dan pematuhan kawal selia.

“NetSfere dibina dari awal untuk perusahaan dengan fokus pada tiga perkara, iaitu keselamatan, penyulitan dan kawalan perusahaan,” ujar Anurag Lal, Presiden dan CEO. “Aplikasi pemesejan dibina pengguna yang popular seperti Slack, Skype dan WhatsApp telah menetapkan standard untuk ciri komunikasi mudah alih, tetapi aplikasi sebegini tidak pernah dibina dengan mengambil kira keselamatan dan kawalan perusahaan. Dengan menambahkan pilihan kerjasama baharu kepada tawaran platform NetSfere, kini kami dapat menyediakan perusahaan dengan alatan yang diperlukan untuk mengoptimumkan tenaga kerja mereka untuk menjadi lebih produktif tanpa menjejaskan keselamatan.”

NetSfere tersedia secara global dan juga ditawarkan dengan kerjasama Deutsche Telekom GmbH., salah satu syarikat komunikasi bersepadu peneraju dunia dan bersama NTT Ltd, pembekal perkhidmatan komunikasi & teknologi maklumat global.

“Kami telah bekerjasama dengan NetSfere selama beberapa tahun untuk menawarkan pemesejan yang kukuh dan selamat kepada pelanggan kami sebagai sebahagian daripada portfolio produk dan perkhidmatan ICT Deutsche Telekom,” kata Alexis Raftopoulos, Ketua Jualan Penyelesaian Perusahaan Mudah Alih di Deutsche Telekom Business Solutions. “Penambahan panggilan video berkumpulan disulitkan dan keupayaan perkongsian skrin memajukan lagi komitmen NetSfere untuk memberi penggunanya pengalaman pemesejan mudah alih yang lengkap dan selamat serta meningkatkan kerjasama dan produktiviti tenaga kerja. Kami teruja untuk membawa keupayaan ini kepada pelanggan kami dan organisasi lain di seluruh dunia.”

No comments:

Post a Comment