Saturday, September 5, 2020

MITSUBISHI POWER DITUBUHKAN DENGAN KOMITMEN YANG DIPERBAHARUI UNTUK MENGUBAH SISTEM TENAGA DI SELURUH DUNIA

 



YOKOHAMA, Jepun, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) – Mitsubishi Power, sebuah anak syarikat utama milik Kumpulan Mitsubishi Heavy Industries (MHI), secara rasminya telah menukar nama korporat mereka dari Mitsubishi Hitachi Power Systems hari ini. Penjenamaan semula itu menandakan permulaan satu bab baharu yang menarik di dalam misi syarikat itu untuk menyelesaikan cabaran-cabaran tenaga terpenting pada masa ini, termasuk penyahkarbonan tenaga dan memberi tenaga yang boleh dipercayai kepada orang ramai di seluruh pelusuk dunia. Dengan identiti jenama baharu mereka, yang telah dibangunkan setelah berunding dengan pelanggan, pekerja dan rakan kongsi utama, Mitsubishi Power bergerak ke hadapan di dalam cita-cita mereka untuk menjadi sebuah syarikat penyelesaian tenaga terkemuka dengan satu spektrum perniagaan yang luas di dalam penjanaan kuasa peringkat grid, tenaga boleh diperbaharui, teknologi penyimpanan tenaga dan teknologi digital.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200831005285/en/
 
Berikutan penjenamaan semula itu, Mitsubishi Power menjadi sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Kumpulan MHI. Kedudukan mereka yang diperkukuhkan di dalam Kumpulan itu akan membolehkannya untuk menghasilkan sinergi yang lebih besar dengan syarikat-syarikat kembar mereka dan mengembangkan perniagaan mereka dengan memilih kategori pelanggan baharu. Mitsubishi Power akan mengambil kesempatan daripada pelaburan sedia ada di dalam penyelesaian tenaga baru muncul, seperti hidrogen, amonia dan tenaga solar, untuk menangani pelbagai keperluan tenaga yang semakin kompleks bagi pelanggan di seluruh dunia.
 
Encik Ken Kawai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Mitsubishi Power, Ltd., berkata, “Menyediakan orang ramai dengan akses kepada sumber tenaga yang bersih, stabil, dan mampu milik adalah di antara mandat masyarakat global yang paling mendesak pada hari ini. Dengan identiti baharu kami, Mitsubishi Power berada pada kedudukan yang terbaik untuk memimpin dalam menyelesaikan cabaran ini. Dengan membina sebuah legasi kejuruteraan yang kuat dan perkhidmatan tersendiri, kami akan membangunkan lebih banyak penyelesaian canggih untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan pada masa yang sama memperluaskan portfolio kami. Sebagai sebuah syarikat penyelesaian tenaga, kami akan bekerjasama rapat dengan kerajaan, utiliti, pemimpin industri dan rakan syarikat di dalam Kumpulan MHI untuk mewujudkan satu masa depan yang baik untuk orang ramai dan planet ini.”
 
Sebagai tambahan kepada nama dan logo baharu itu, Mitsubishi Power juga mendedahkan satu kenyataan misi baharu dan mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan slogan Kumpulan MHI “Move the World Forward” (Lihat Lampiran A).
 
Sepanjang sejarahnya, Mitsubishi Power telah membina satu kedudukan yang mantap sebagai sebuah rakan yang boleh dipercayai oleh syarikat-syarikat penjana kuasa di seluruh dunia. Ketika ia memasuki fasa baharu ini, syarikat itu akan menggunakan kehebatan kejuruteraan mereka yang terkemuka di dunia, memacukan untuk inovasi dan perkhidmatan pelanggan yang terkenal untuk menyampaikan tenaga yang boleh dipercayai, yang akhirnya merangsangkan kemajuan negara, masyarakat dan individu di mana sahaja.
  
Maklumat mengenai Mitsubishi Power, Ltd.

Mitsubishi Power, Ltd. adalah sebuah syarikat terkemuka yang menghasilkan dan memberi inovasi teknologi dan penyelesaian untuk sektor tenaga global. Beribu pejabat di Yokohama, Jepun, ia adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Mitsubishi Heavy Industries, Ltd., yang perniagaan kejuruteraan dan pembuatan mereka merangkumi tenaga, infrastruktur, pengangkutan, aeroangkasa dan pertahanan. Dengan lebih 18,000 orang pekerja merentasi 31 buah negara di seluruh dunia, Mitsubishi Power mereka, mengeluar dan menyelenggara peralatan dan sistem yang memacukan penyahkarbonan dan memastikan penyampaian tenaga yang boleh dipercayai di seluruh dunia. Di antara penyelesaian mereka adalah pelbagai turbin gas termasuk turbin gas berbahan bakar hidrogen, sel bahan bakar pepejal oksida (SOFC), dan sistem kawalan kualiti udara (AQCS). Komited untuk memberikan perkhidmatan contoh dan bekerjasama dengan pelanggan untuk membayangkan masa depan bagi tenaga, Mitsubishi Power juga menerajui pembangunan bagi loji kuasa digital melalui suite penyelesaian TOMONITM mereka yang membolehkan AI.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://power.mhi.com.

No comments:

Post a Comment