Saturday, September 19, 2020

LIGHTSPEED VENTURE PARTNERS BERKEMBANG KE ASIA TENGGARA UNTUK MENJALIN KERJASAMA DENGAN PENGASAS-PENGASAS YANG BERANI MEMBINA SYARIKAT-SYARIKAT DISRUPTIF


 

Ringkasan Tajuk:

  • Lightspeed telah melabur di Asia Tenggara, dengan pelaburan seperti Grab, Chilibeli, Ula, Shipper dan NextBillion, dan sedang berusaha untuk mempercepatkannya
  • Lightspeed akan menggunakan modal merentasi rantau itu dari AS$4 bilion yang diperoleh baru-baru ini merentasi dana-dana global; Singapura dan Indonesia adalah negara tumpuan utama
  • Lightspeed telah menubuhkan pejabat serantau mereka di Singapura; dipandu oleh sebuah pasukan Asia Tenggara yang berdedikasi dengan pengalaman pelaburan dan operasi serantau yang mantap
SINGAPURA, 18 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lightspeed Venture Partners (“Lightspeed”) hari ini mengumumkan pelancaran operasi mereka di Asia Tenggara. Beribu pejabat di Singapura, Lightspeed akan bekerjasama dan menyokong usahawan berani di rantau itu yang membina syarikat-syarikat disruptif. Lightspeed akan menggunakan modal untuk pelaburan mereka di Asia Tenggara daripada dana global mereka, di mana ia sebelumnya mengumumkan telah mengumpulkan AS$4 bilion pada tahun 2020.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200916005103/en/

Ketika dunia menghadapi krisis kemanusiaan dan ekonomi yang dipacu oleh COVID-19, ia juga melihat pendigitan yang pantas merentasi industri dan kategori. Angin belakang ini membolehkan pengasas yang mantap untuk mewujudkan kategori dan model perniagaan baharu. Lightspeed komited untuk menyokong pengasas merentasi wilayah, yang membina sebuah masa depan baharu di sebalik gangguan yang diketuai oleh teknologi.

Sejak tahun 2000, Lightspeed telah menyokong pengasas yang mengubah permainan dari peringkat mula sehingga kepada peringkat pertumbuhan. Lebih daripada 70% pelaburan mereka dibuat dalam firma-firma pada peringkat awal, selalunya menjadi rakan modal institusi pertama. Di Asia Tenggara juga, Lightspeed secara aktif terlibat dengan usaha dari peringkat awal mereka, menyelesaikan masalah Asia yang unik di dalam sektor seperti perdagangan, fintech, edtech dan SaaS di antara  lain.

“Asia Tenggara adalah satu daripada ekonomi dan ekosistem permulaan yang paling pesat berkembang di dunia, dan ini adalah disebabkan oleh bakat keusahawanan luar biasa di rantau itu.  Kami yakin ekosistem permulaan itu akan meneruskan pengembangannya yang ketara dan sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan usahawan ketika mereka membangun dan meningkatkan syarikat disruptif,” kata Akshay Bhushan, Rakan, Lightspeed Venture Partners.

Lightspeed sudah melabur di rantau itu merentasi aplikasi super serantau Grab, platform perdagangan sosial Chilibeli, aplikasi tempat pasaran B2B Ula, penyedia perisian kecerdasan buatan perusahaan NextBillion.ai serta syarikat gerbang pemenuhan dan perkapalan Shipper. Selain itu, sebahagian besar daripada syarikat portfolio Lightspeed meningkatkan perniagaan di Asia Tenggara dan mempunyai ibu pejabat serantau di Singapura - termasuk SnapOYO RoomsYellow Messenger dan Darwinbox di antara lain. Banyak usaha niaga juga membina perniagaan pelbagai lokasi dengan bakat kejuruteraan dari India dan kawasan lain.

“Misi kami di Lightspeed adalah tetap sama, walaupun ketika kehadiran global kami telah berkembang dari Lembah Silikon, China ke India, Eropah dan sekarang Asia Tenggara: untuk menyokong usahawan berani yang sedang membangunkan syarikat hari esok pada hari ini,” kata Ravi Mhatre, Pengasas dan Pengarah Urusan, Lightspeed Venture Partners. “Asia Tenggara tidak diragukan lagi adalah satu daripada ekosistem inovasi yang paling cepat berkembang dan kami berharap dapat membina hubungan yang mendalam dan bertahan lama dengan pengasas dan komuniti teknologi yang lebih luas.”

Sepanjang 20 tahun yang lalu, Lightspeed telah membantu usahawan dalam pelbagai industri masuk ke dalam syarikat-syarikat bernilai berbilion dolar, sebahagian daripadanya adalah Snap (A.S.), Nutanix (A.S.), Pinduoduo (China), kumpulan Manbang (China), Grab (Asia), OYO Rooms (India), Udaan (India) dan Byju's (India). Lightspeed telah terlibat secara mendalam dengan setiap pelaburan mereka untuk membolehkan pengasas mereka berjaya - memanfaatkan rangkaian portfolio global mereka, pengenalan pelanggan, bakat dan sokongan pemasaran dan modal pertumbuhan.

“Dengan sebuah populasi yang besar, berpengetahuan teknologi dan muda, Asia Tenggara sedang menerajui di dalam inovasi yang dipacu oleh teknologi. Kami mempunyai satu kepercayaan yang kuat terhadap peluang-peluang di sini dan kemampuan yang ditunjukkan oleh pengasas bagi wilayah ini,” kata Bejul Somaia, Rakan, Lightspeed Venture Partners. “Jejak global kami, yang digabungkan dengan kepakaran pasukan tempatan, akan membolehkan pengasas di rantau itu untuk memanfaatkan peluang-peluang global dengan lebih baik dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan mereka.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13761

No comments:

Post a Comment