Tuesday, September 1, 2020

BANDAR TASIK WANZHOU DI CHINA BARAT MENANTI PELANCONG DENGAN BANYAK YANG DITAWARKAN

WANZHOU, China, 1 September, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Daerah Wanzhou di Perbandaran Chongqing di China barat adalah sebuah bandar tasik, dan ia membuat satu percikan pada malam 27 Ogos dengan satu pertunjukan penstriman langsung untuk mempromosikan produk pelancongan dan budaya mereka. Distrimkan secara langsung dalam 12 platform dalam talian, pertunjukan itu memperoleh 35.42 juta tontonan dan 11.27 juta suka dengan landskap Wanzhou yang indah dan sumber yang kaya, menurut Jabatan Publisiti bagi Daerah Wanzhou.

Terletak di tengah-tengah kawasan takungan Three Gorges, Wanzhou bermegah dengan sejarahnya yang panjang dan budaya yang mendalam, dan telah menjadi tempat yang menarik cendekiawan untuk singgah dan menghayati sejak zaman purba. Sejak 1800 tahun yang lalu, budaya Chongqing, budaya Three Gorges, budaya imigran, budaya Perang Anti-Jepun dan budaya revolusi telah bertemu dan bergabung di Wanzhou, dan mewujudkan sebuah budaya tempatan yang unik.

Pada tahun 2006, Empangan Three Gorges yang besar telah siap dibina. Selepas pembendungan, Wanzhou telah menyaksikan kemunculan beberapa buah tasik. Kemudian 29 taman bandar dan 26 dataran bandar telah dibina di Wanzhou, untuk membentuk sebuah ruang persisiran yang saling berkaitan. Sebuah bandar baharu dengan tasik, gunung, dan bangunan tinggi yang saling mengiringi telah muncul. Pada tahun 2016, lanskap tasik Wanzhou telah dinilai sebagai satu daripada 10 tarikan pelancongan baharu yang utama di Three Gorges yang baharu.

Apabila orang datang ke Wanzhou, mereka harus melawat tiga mercu tanda yang penting itu. Menara loceng Western Hills, yang telah berdiri di tebing Sungai Yangtze selama hampir satu abad, adalah satu gabungan gaya Cina dan Barat yang mengagumkan. Ia masih berbunyi tepat pada waktunya. Loji kuasa Ba Du telah dibina dan kemudian memberikan sokongan kuasa kepada perusahaan perindustrian dan perlombongan yang bergerak masuk 80 tahun yang lalu. Unit lama kilang itu masih menjanakan elektrik. Runtuhan Kota Purba Tiansheng, yang terselamat daripada Perang Anti-Yuan pada akhir Dinasti Song Selatan, telah menduduki satu tempat yang penting di dalam sistem pertahanan kota Sichuan dan sejarah perang Song dan Yuan.

Dewan Memorial Imigran Chongqing Three Gorges adalah satu lagi tempat yang harus dikunjungi di Wanzhou. Ia menyimpan satu catatan lengkap mengenai sejarah pendatang Three Gorges dan pembinaan kawasan takungan itu. Beberapa hari yang lalu, muzium itu, bersama dengan Dewan Memorial Persidangan Fujian Gutian dan Dewan Memorial Hebei Xibaipo, telah dipilih sebagai kumpulan pertama bagi unit perintis mengenai budaya revolusi sebagai sebahagian daripada satu projek kebangsaan untuk memelihara dan mempromosikan budaya kebangsaan China.

Air Terjun Wanzhou juga patut dikunjungi. Ia digelar sebagai air terjun pertama di Asia. Air terjun itu adalah 151 meter lebar, 64.5 meter tinggi dan meliputi sebuah kawasan seluas 9739.5 meter persegi. Ini adalah satu daripada beberapa air terjun yang dapat dilihat dari segenap sudut.

Terdapat tiga makanan tempatan yang popular: mi Wanzhou, makanan kukus dan ikan panggang. Pada tahun 2018, Wanzhou telah secara rasmi diiktiraf sebagai kampung halaman bagi ikan panggang di China.

Selain itu, Wanzhou adalah sebuah tempat yang sesuai untuk membeli hadiah yang berkaitan dengan Three Gorges. Iklim tasik yang unik di Three Gorges menyuburkan hasil Wanzhou yang kaya, seperti sitrus, plum dan tangerin tempatan yang dihantar ke kawasan itu untuk pembiakan. Sikat kayu berjenama Carpenter Tan sangat terkenal, begitu juga dengan acar ubi biji sawi yang menyegarkan dan rangup di Yuquan dan jerki daging lembu pedas. Sulaman dan batu Three Gorges mempunyai ciri-ciri tersendiri sementara teh Tiancong tempatan mempunyai rasa kesan yang berpanjangan.

Bandar air itu telah menyaksikan keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan, yang digemakan oleh lagu-lagu kerja yang kuat dan mengasyikkan pada masa lampau dan sekarang oleh aria kehidupan yang perlahan. Di Wanzhou, seseorang boleh bersiar di jalan untuk merasakan keanggunan seribu tahun bagi Monumen Xishan dan Kota Purba Tiansheng. Bersiar-siar di tebing sungai untuk menyaksikan matahari terbenam di Western Hills atau cahaya pagi yang bersinar di atas hutan adalah satu lagi pilihan yang baik. Berlayar di tasik itu untuk menikmati pemandangan malam dan gelombang air yang berdesiran juga digalakkan.

Wanzhou selalu mengutamakan pemuliharaan ekologi untuk meningkatkan pembangunan hijau. Dengan merebut peluang bagi membina lingkaran ekonomi Chengdu-Chongqing, Wanzhou berusaha sedaya upaya untuk membangunkan sebuah bandar pusat serantau dan sebuah pusat ekonomi di Kawasan Takungan Three Gorges. Ia juga merancang untuk berkembang menjadi sebuah pusat pengedaran pelancongan dan sebuah destinasi penting di Kawasan Takungan Three Gorges yang Besar dengan mempromosikan kelebihan geografinya di dalam pelancongan Three Gorges serta prospek pembangunan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.wz.gov.cn/.

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Daerah Wanzhou, Perbandaran Chongqing

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment