Wednesday, October 31, 2018

TERNS PHARMACEUTICALS MELENGKAPKAN PEMBIAYAAN SIRI B $80 JUTA UNTUK MEMAJUKAN SALURAN BAGI UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT NASH DAN KANSER

Hasil kutipan untuk Menyokong Pembangunan bagi Calon-calon NASH Klinikal dan Praklinikal

Pembiayaan diketuai oleh Vivo Capital dan OrbiMed, dengan disertai oleh Decheng Capital

Lilly Asia Ventures, pelabur Siri A itu, juga melabur di dalam pusingan Siri B


SAN MATEO, Calif. & SHANGHAI, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terns Pharmaceuticals Inc., sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf dunia yang memberi tumpuan kepada penemuan dan membangunkan ubat-ubatan sasaran molekul, melalui mulut, molekul kecil bagi merawat NASH dan kanser, hari ini mengumumkan penutupan bagi satu pembiayaan Siri B berjumlah $80 juta.

"Sejak kami melancarkan syarikat itu baru-baru ini, kami telah berusaha dengan gigih untuk memajukan program-program utama kami dan terus melaksanakan strategi kami untuk membawa terapeutik yang berinovatif kepada pesakit yang kurang mendapat perhatian di seluruh dunia, dan dengan pembiayaan ini kami berada pada kedudukan yang baik untuk terus melaksanakan misi itu," kata Weidong Zhong, Ph.D., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Terns. "Kami sangat teruja berhubung kemajuan yang telah kami capai dalam program klinikal dan praklinikal kami. Program utama kami TERN-101 dan TERN-201 berada di landasan untuk memasuki klinik pada separuh pertama tahun 2019 dan program tambahan NASH sedang berkembang dengan pantas ke arah pembangunan praklinikal. Kemajuan itu setakat ini telah meletakkan kami satu langkah lebih dekat kepada matlamat kami untuk menemui terapi gabungan yang berkesan dan selamat bagi pesakit yang menghidapi NASH dan fibrosis hati. Kami berterima kasih di atas kepercayaan dan semangat yang datang daripada pelabur baharu dan sedia ada kami."

"Terns memanfaatkan kombinasi kepakaran di dalam biologi penyakit, kimia perubatan, dan keupayaan pembangunan klinikal yang meluas untuk membina salurannya yang berkualiti tinggi dan pelbagai untuk rawatan NASH, dengan menawarkan satu peluang yang luar biasa untuk membawa terapi baharu yang berpotensi kepada pesakit," kata Encik Shan Fu, Rakan Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif bersama Vivo Capital. "Kami sangat teruja untuk menjadi peneraju bersama bagi satu kumpulan pelabur yang hebat dan yang mempercayai di dalam pendekatan baharu yang diambil oleh Terns. Vivo mempunyai pengalaman pelaburan yang besar di dalam pembangunan terapeutik untuk NASH. Kami percaya bahawa kami akan menambahkan nilai kepada syarikat itu dari segi pembangunan masa depannya."

"Pendekatan mereka untuk mengguna pakai strategi pembangunan global atau khusus mengikut rantau bagi memajukan terapeutik baharu peringkat klinikal adalah unik, dan Terns telah membuat kemajuan besar sejak mereka dilancarkan baru-baru ini," kata Carl Gordon, Ph.D., Rakan Pengurusan bagi OrbiMed. "Ini memberi kami keyakinan yang besar terhadap keupayaan mereka untuk mengekalkan dengan jayanya trajektori ke hadapan."

Pembiayaan itu diterajui oleh pelabur baharu Vivo Capital dan OrbiMed, yang disertai oleh pelabur baharu Decheng Capital; pelabur sedia ada Lilly Asia Ventures turut mengambil bahagian untuk memberikan sokongan yang berterusan.

Maklumat mengenai Terns Pharmaceuticals

Berpangkalan di San Mateo, CA., dan Shanghai, China, Terns Pharmaceuticals adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf dunia yang komited kepada menemui dan membangunkan ubat-ubatan sasaran molekul, melalui mulut, molekul kecil bagi merawat penyakit hati dan kanser. Syarikat itu menggabungkan kepakaran di dalam biologi penyakit, kimia perubatan dan keupayaan pembangunan klinikal secara meluas di China untuk memajukan salurannya yang semakin berkembang bagi calon-calon ubat-ubatan yang dioptimumkan terhadap sasaran yang disahkan secara klinikal atau sasaran yang mempunyai pengesahan praklinikal yang signifikan. Dengan menggunakan sebuah model penemuan ubat yang cekap modal, misi syarikat itu adalah untuk membawa terapi baharu yang berpotensi kepada pesakit di pasaran yang kurang mendapat perhatian melalui program pembangunan global dan yang dikhususkan mengikut rantau. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ternspharma.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181030005142/en/

Hubungi

Bagi pihak Terns Pharmaceuticals Inc.
Hubungan Media Amerika Syarikat:
Cory Tromblee, 617-571-7220
atau
Hubungan Media China:
Eddy Wu, + 86 180 1631 1449

Sumber : Terns Pharmaceuticals Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment