Saturday, October 13, 2018

PKRM TEKAD BANTU SAMPAIKAN MAKLUMAT KEPADA RAKYAT


KUALA LUMPUR, Okt 11 (Bernama) -- Persatuan Kesejahteran Rakyat Malaysia (PKRM) berhasrat menjadi medium terbaik untuk membantu kerajaan menyampaikan pelbagai maklumat kepada masyarakat, kata pengerusinya, Datuk Ranjith Raja.

Ranjith dalam kenyataannya berkata PKRM telah mewujudkan satu platform untuk membantu kerajaan melengkapkan sebahagian tugasan khususnya dalam melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan yang dapat membantu rakyat yang memerlukan.

“PKRM melalui syarikat pelaburannya bersedia membantu kerajaan mendapatkan pulangan kewangan sekaligus menguntungkan.”

Persatuan itu berkata ia telah membawa cadangannya kepada perdana menteri untuk mengkaji semula kontrak dan perjanjian pembelian polisi insuran yang membolehkan kerajaan memperolehi penjimatan.

“Kerajaan meletak harapan yang cukup tinggi kepada kumpulan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC),  syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) atau sektor korporat, dalam membantu usaha kerajaan melalui pelbagai aspek terutamanya kebajikan yang melibatkan kesejahteraan rakyat serta membolehkan kerajaan mendapatkan jumlah kewangan yang mencukupi untuk membiayai hutang negara,” kata Ranjith.

Menurut kenyataan itu, proses mengkaji semula program atau polisi insuran sama sekali tidak akan menganggu kontrak atau perjanjian semasa dengan pihak insuran.

-- BERNAMA    


No comments:

Post a Comment