Tuesday, October 23, 2018

PASUKAN PROMOSI CHIBA MELANCARKAN HALAMAN FACEBOOK UNTUK MENYEBARKAN DAYA TARIKAN CHIBA

CHIBA, Jepun, 19 Okt., 2018 /Kyodo JBN- AsiaNet/--

Kerajaan Wilayah Chiba telah melancarkan sebuah halaman Facebook yang dikendalikan oleh pasukan publisiti mereka untuk menyampaikan daya tarikan Chiba merentasi ke seluruh negara itu menjelang Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Anggota "Pasukan Promosi Chiba," yang berjumlah lebih daripada 100 orang, memaparkan pelbagai topik yang meluas tentang daya tarikan Chiba, yang mungkin dapat membantu anda menemukan tarikan-tarikan yang tidak terkenal sehingga sekarang.

(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/201810179273?p=images)

Wilayah Chiba mengalu-alukan kedatangan anda dengan penuh kemesraan untuk melawat dan mengikuti halaman itu.

Pasukan Promosi Chiba juga mengambil orang untuk menyertai pasukan baharu itu, menggalakkan kesemua mereka untuk menyebarkan maklumat mengenai daya tarikan Chiba, termasuk makanan yang lazat, pemandangan yang indah dan layanan mesra ditemui di wilayah itu.

*Maklumat mengenai Pasukan Promosi Chiba
Ia terdiri daripada mereka yang menyebarkan melalui paparan di Facebook mengenai daya tarikan di Chiba seperti makanan yang lazat, pemandangan yang indah dan layanan baik yang ditemui di wilayah itu.

1. Halaman Facebook
Sila layari https://www.facebook.com/introchiba/
(Bahasa Jepun)

2. Pengambilan anggota Pasukan
(1) Tempoh pengambilan
Sekarang dalam proses mengambil orang (tiada tarikh akhir ditetapkan)

(2) Cara untuk memohon
Sila isi di petak yang diperlukan di dalam borang permohonan di laman web Wilayah Chiba
(URL di bawah).
https://www.pref.chiba.lg.jp/kouhou/miryoku/hasshintai/official.html
(Bahasa Jepun)

(3) Keperluan permohonan
- Berumur 18 tahun atau lebih pada masa permohonan dibuat
- Bukan seorang anggota pertubuhan “antisosial (jenayah terancang)", dsb.
- Seseorang yang sudah mempunyai atau merancang untuk mempunyai sebuah akaun Facebook
- Bersedia untuk menyebarkan maklumat mengenai daya tarikan Chiba secara aktif

 * Permohonan dari kedua-dua penduduk dan bukan pemastautin di wilayah itu adalah diterima.

(4) Lain-lain
Anggota pasukan yang telah terbukti cemerlang di dalam menyebarkan maklumat mengenai daya tarikan di Chiba, sebagaimana yang diukur dengan hasil maklumat balas yang mantap dari pelayar halaman itu, akan diberikan ganjaran. (Dijadualkan pada awal Mac 2019)


Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11522

No comments:

Post a Comment