Monday, October 29, 2018

SHISEIDO terbit filem dalam talian papar 'Kuasa Solekan'

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- SHISEIDO Co Ltd, syarikat penjagaan diri Jepun termasuk alat kosmetik, menerbitkan filem dalam talian 'The Party Bus', yang memaparkan kisah penerokaan dalam kecantikan dan ekspresi diri melalui 'The Power of Makeup' atau kuasa solekan.

Melalui solekan, heroin filem itu menemui ekspresi peribadi yang unik dengan memberanikan diri untuk mengikut keinginannya yang sebenar, menurut SHISEIDO dalam satu kenyataan.

Filem tersebut menampilkan teknologi animasi 3D ultra-tepat Jepun, memaparkan dunia fantasi yang memberi tumpuan kepada tiga protagonis, Princess Kaguya, kekasihnya Dracula dan Samurai Zombie.

Apabila teknologi memenuhi kreativiti dalam medium filem, pengalaman visual baru yang sepenuhnya, mengangkat ciri-ciri ke dalam genre yang baru: Solekan Hiburan.

'The Party Bus' adalah terbitan kedua dan terkini bagi filem berasaskan web syarikat selepas filem yang merangkul anugerah 'High School Girl', yang dikeluarkan pada 2015, dengan mencatatkan lebih 10 juta tontonan di YouTube.

Hasil imaginasi pengarah terkenal, Show Yanagisawa itu menghargai kecantikan individu dan memperjuangkan ekspresi diri sejati dengan memaparkan makhluk mitos dalam kisah keberanian peribadi.

Filem itu boleh didapati di YouTube: https://www.youtube.com/watchv=J3DDjKMWkTw atau maklumat lanjut di https://www.shiseido.co.jp/gb/thepartybus

SHISEIDO adalah farmasi ala Barat pertama di Jepun. Melalui gabungan ilmu sains dan estetika Jepun, ia menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai jenama kosmetik utama berasal dari Jepun.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment