Thursday, October 25, 2018

TELEDYNE DALSA MEMPERKENALKAN PENANGKAP BINGKAI GENERASI BAHARU BERPRESTASI TINGGI

Penangkap bingkai Xtium2-CLHS memberikan kadar data lebih cepat pada kabel fiber dengan pengulang untuk pemprosesan imej teragih tanpa mempengaruhi CPU


WATERLOO, Ontario, 25 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi visi mesin berbangga mengumumkan siri penangkap bingkai generasi baharu berprestasi tinggi – Xtium2 untuk platform PCIe Gen3. Siri Xtium2 bermula dengan pengenalan dua model baharu papan penangkap bingkai dengan antara muka Camera Link HS® AIA: Xtium2-CLHS PX8 dan Xtium2-CLHS FX8. Siri ini juga akan memberikan sokongan untuk antara muka sedia ada dan akan datang seperti CoaXPress® (ver 2.0) dan Camera Link.

Xtium2-CLHS PX8 menampilkan 7 lorong yang beroperasi pada 10 Gbit/s menggunakan CLHS X-Protocol dan mampu memberikan jalur lebar pemindahan hos selebih 6.8 GBait/s. Xtium2-CLHS PX8 menyokong penyambung CX4 yang sedia digunakan dengan Kabel Optik Aktif (AOC). Kabel AOC menggunakan kabel fiber yang membolehkannya menjadi lebih panjang daripada 15 meter.

Xtium2-CLHS FX8 menyokong sehingga empat modul SPF+ dua hala untuk memberikan 4.0 GBait/s penangkapan imej dan mempunyai kelajuan pemindahan sehingga 6.8 GBait/s. Modul SPF+ berkos rendah dan kabel optik gentian membolehkan kabel dipanjangkan sehingga 100 meter. Tambahan lagi, Xtium2-CLHS FX8 berupaya menyokong berbilang kamera CLHS bebas.

“Penangkap bingkai Xtium2 generasi baharu direka untuk memenuhi keperluan daya pemprosesan data dan panjang kabel untuk kamera berkelajuan dan resolusi tinggi dengan antara muka CameraLink HS dan CoaXPress. Siri Xtium2 meringkaskan pemprosesan imej hiliran dengan menggunakan pemprosesan masa nyata pada papan tanpa CPU. Sungguhpun prestasi adalah aspek utama rekaan ini, kebolehpercayaan dan kos sistem yang lebih rendah juga dititikberatkan,” kata Pengurus Kanan Produk, Inder Kohli.

Apabila digabungkan dengan warna dan kamera imbasan garis berbilang spektrum seperti Linea ML baharu, penangkap bingkai Xtium2-CLHS mampu menggunakan aplikasi visi terbaru dan berat.

Ciri Utama Xtium2-CLHS:
  • Kabel yang lebih panjang, melebihi 15 meter pada kadar data maksimum tanpa pengurangan prestasi
  • Pemprosesan Teragih menggunakan Pemajuan Data pada kadar data input maksimum
  • Siri Xtium2-CLHS terdiri daripada dua papan:
       •   Xtium2-CLHS PX8 menggunakan penyambung CX4 yang sedia digunakan untuk Kabel Optik Aktif (AOC)
       •   Xtium2-CLHS FX8 menggunakan 4 slot SFP+ untuk penyelesaian boleh skala
  • Penangkapan segerak daripada berbilang kamera bebas
  • Pengimejan Julat Dinamik Tinggi dengan sokongan Berbilang satah
  • Proses masa nyata pada papan menjimatkan masa dengan menghasilkan format piksel yang sedia digunakan
  • Menyokong CLHS X-protocol yang menghasilkan 97% kecekapan pemindahan data
  • Kebolehpercayaan tinggi dengan metada canggih
  • Disokong sepenuhnya oleh SDK Sapera LT percuma

Sila lawati halaman produk Xtium2 untuk maklumat lanjut. Untuk pertanyaan jualan, lawati halaman hubungan kami dan, kit media dalam talian untuk imej resolusi penuh.

Perihal Teledyne DALSA 
Teledyne DALSA merupakan peneraju teknologi antarabangsa dalam pengesanan, pengimejan dan penghasilan semikonduktor khusus. Penyelesaian pengesanan imej kami merangkumi cahaya inframerah, cahaya nampak hingga X-ray; faundri MEMS kami telah memperolehi reputasi peneraju dunia. Selain itu, kami memberikan tinjauan 3D canggih dan sistem maklumat geospatial melalui subsidiari kami, Teledyne Optech dan Teledyne CARIS. Teledyne DALSA mempunyai lebih kurang 1400 orang pekerja di seluruh dunia dan beribu pejabat di Waterloo, Kanada. Untuk maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com.

Perihal Teledyne Imaging
Teledyne DALSA ialah syarikat yang bernaung di bawah Teledyne Imaging. Dengan kepakaran tiada bandingan merentasi bidang dan pengalaman berdekad lamanya, syarikat-syarikat Teledyne Imaging menawarkan produk dan teknologi berkelas terbaik, serta rangkaian teknologi sensor imej terbesar di dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.teledyneimaging.com.

Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.

Hubungan Media:
Geralyn Miller
Pengurus Kanan, Hubungan Media Global
Tel: +1-519-886-6001 samb. 2187
E-mel: geralyn.miller@teledyne.com

Hubungan Jualan:
Sales.americas@teledynedalsa.com
Sales.europe@teledynedalsa.com
Sales.asia@teledynedalsa.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/68a2a3a8-96c1-4f87-87dd-5683744fbf2d


SUMBER : Teledyne DALSA

No comments:

Post a Comment