Friday, October 5, 2018

AGENDA AGRO BAKAL KUPAS PROSPEK DAN PELUANG DALAM SEKTOR PERTANIAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Agrobank akan menganjurkan sebuahprogram perkongsian ilmu yang dikenali sebagai Agenda Agro yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Oktober 2018 (Selasa). Topik utama perbincangan adalah mengenai Prospek dan Peluang dalam Sektor Pertanian.
 
Agenda Agro bertujuan untuk menyokong inisiatif strategik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam mengenengahkan peluang di dalam sektor pertanian dan industri asas tani serta pada masa yang sama mengupas topik-topik atau info terbaharu yang ada di dalam industri ini.  Perkongsian ilmu ini dijangka menjanjikan informasi yang bermanfaat kepada semua komuniti pertanian terutamanya usahawan dalam bidang pertanian dan asas tani.
 
Selain itu, penganjuran Agenda Agro ini juga adalah antara inisiatif untuk merealisasikan iltizam Agrobank dalam usaha menempatkan bank ini sebagai sebuah institusi kewangan yang releven untuk menjadi rujukan utama terutamanya perkara yang berkaitan pertanian. 
 
Agenda Agro yang ke-tujuh ini di mana sebelum ini telah diadakan di Perlis, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak merupakan antara program penting bagi Agrobank  yang bertujuan untuk berkongsi infomasi tentang sektor pertanian kepada agropreneur yang ingin meluaskan empayar perniagaan mereka serta turut bermanfaat kepada bakal agropreneur.

Mengenai Agrobank
 
Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan mandat untuk membangun dan memperkasakan sektor pertanian di Malaysia. Ia adalah sebuah bank milik Kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
 
Dengan 49 tahun pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 192 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan.
 
Agrobank secara rasmi bergelar institusi perbankan Islam sepenuhnya pada 1 Julai 2015.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
 
Sumber : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210
Emel: ainul.ibrahim@agrobank.com.my

Nama: Budiotomo Othman
Tel: 03-2731 1600 (ext 1656) / 0 16-3504274
Emel: budiotomo@agrobank.com.my

Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Tel: 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101766
Emel: syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment