Tuesday, October 2, 2018

NOZOMI NETWORKS DAN NETPOLEON GROUP BAKAL MEMBAWAKAN PENYELESAIAN KESELAMATAN SIBER ICS CANGGIH KE PERSEKITARAN INDUSTRI DI SELURUH ASIA TENGGARA

Netpoleon Group akan mengedarkan penyelesaian Nozomi Networks sebagai penyedianya untuk keselamatan siber ICS dan pengesanan anomali
 
SINGAPURA, 3 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nozomi Networks Inc., peneraju dalam keselamatan siber industri dan keterlihatan operasi bersama Netpoleon Group hari ini mengumumkan kerjasama mereka untuk meluaskan perkhidmatan Netpoleon Group kepada pelanggan dalam automasi industri, pengeluaran operasi pembinaan, kuasa dan utiliti di Singapura, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
 
“Dengan penumpuan rangkaian IT-OT dan evolusi ancaman keselamatan siber industri yang semakin meningkat, Netpoleon Group berbesar hati untuk bekerjasama dengan Nozomi Networks bagi membantu pelanggan menguatkan keselamatan ICS mereka,” kata Danny Yap, Pengarah Produk Serantau, Netpoleon Group.
 
Pengetahuan yang mendalam tentang rangkaian ICS, inovasi berterusan dan kepakaran dalam kepintaran buatan telah menjadikan Nozomi Networks yang terutama dalam keselamatan siber dan keterlihatan masa nyata untuk rangkaian kawalan industri. Nozomi Networks yang kini menggunakan teknologi generasi keempat telah menjadi rakan kongsi utama untuk vendor terkemuka dalam keselamatan siber IT. Penyelesaiannya yang terbukti telah menyokong ribuan peranti dalam lebih 500 pemasangan yang merangkumi kuasa, pengeluaran, perlombongan, pengangkutan, utiliti dan infrastruktur penting. Nozomi Networks mempunyai penyelesaian untuk pemetaan, pemantauan dan pengesanan ancaman OT. Ia menyepadukan dan berkongsi maklumat ICS dengan persekitaran IT/OT berskala besar dengan mudah.
 
“Dengan pengalaman 18 tahun dalam menyediakan penyelesaian paling canggih dan terbaik, kami yakin yang kami mampu terus menyokong pelanggan menerusi kerjasama dengan Nozomi Networks,” kata En. Yap.
 
“Netpoleon Group disegani kerana kepakaran keselamatan siber mereka. Kami bersedia untuk bekerjasama demi memberikan penyelesaian keselamatan siber ICS terbaik di rantau ini,” kata Nick Borsky, Pengarah Rantau Nozomi Networks, APAC. “Pelanggan mendapat penyelesaian untuk keterlihatan dan keselamatan OT dan ICS serta jaminan daripada rakan kongsi yang dipercayai.”   
 
Ikuti Nozomi Networks: BlogTwitter, dan Linkedin
 
Perihal Netpoleon

Netpoleon Group ialah Pengedar Nilai Tambah (VAD) yang telah mula beroperasi sejak 2000 dan menaik taraf mengikut peredaran masa bagi mengikuti keperluan industri IT yang sering berubah di rantau Asia Tenggara. Ibu pejabatnya terletak di Singapura dan terdapat cawangan lain di pelbagai negara seperti Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam. Netpoleon bekerjasama dengan vendor-vendor teknologi terkemuka dan bermatlamat untuk menawarkan produk terbaik dan penyelesaian paling canggih kepada rakan kongsi. Sebagai entiti penting dalam industri rangkaian dan keselamatan siber di rantau ini, Netpoleon bertujuan untuk menjadi Rakan Kongsi Paling Boleh Dipercayai (MTP) kepada Vendor, Penjual Semula dan Pelanggan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.netpoleons.com
 
Perihal Nozomi Networks

Nozomi Networks ialah peneraju keselamatan siber industri yang memberikan penyelesaian terbaik untuk menangani risiko siber dan meningkatkan ketahanan operasi industri. Pelanggan dapat menikmati keselamatan siber yang dipertingkatkan, operasi lebih baik dan penyepaduan IT/OT yang lebih mudah. Dengan mencipta inovasi penggunaan kepintaran buatan, syarikat tersebut membantu kemudahan industri di seluruh dunia Melihat dan Melindungi ™ rangkaian kawalan industri penting. Kini, Nozomi Networks menyokong kira-kira suku juta peranti dalam sektor seperti infrastruktur penting, kuasa, pengilangan, perlombongan, pengangkutan dan utiliti yang membolehkannya menangani ancaman siber yang semakin meningkat terhadap rangkaian operasi (OT). www.nozominetworks.com
 
Hubungan akhbar Netpoleon Group:
Mavis Lau
Mavis.lau@netpoleons.com
Tel : +6012 5514509

Hubungan akhbar Nozomi Networks:
jil.backstrom@nozominetworks.com
tel. +1.303.913.1650

SUMBER: Nozomi Networks

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment