Wednesday, October 31, 2018

TELEDYNE DALSA MEMPERKENALKAN LINEA ML KAMERA CMOS BERBILANG GARIS UNTUK APLIKASI VISI BERKELAJUAN TINGGI

Model Linea ML baharu mampu digunakan dengan aplikasi berat

WATERLOO, Ontario, 30 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi visi mesin dengan bangganya memperkenalkan kamera Linea baharu. Kamera CMOS berbilang garis, Linea ML™ yang canggih akan mengubah cara kamera imbasan garis digunakan. Ia menawarkan pilihan pengimejan monokrom/HDR, warna, dan berbilang spektrum untuk pelbagai aplikasi visi mesin.

Berdasarkan teknologi sensor CMOS terbaru daripada Teledyne DALSA, kamera Linea ML merakam imej pada kadar garis maksimum sehingga 300 kHz menggunakan antara muka optik gentian CLHS generasi baharu. Pendedahan berturutan dengan integrasi mula dan tamat bebas untuk setiap saluran membolehkan penggunaan konfigurasi iluminasi versatil dengan teknologi pencahayaan LED terbaru. Apabila digabungkan dengan siri penangkap bingkai Xtium™2 CLHS yang berprestasi tinggi, model ini dapat berfungsi dengan aplikasi paling berat dan dengan pengesanan lebih baik. Kamera Linea ML boleh didapati menjelang penghujung tahun ini.

“Kamera Linea ML baharu ideal untuk aplikasi visi mesin yang banyak menggunakan sumber dan mementingkan resolusi, daya pemprosesan dan pengesanan. Kelajuan, keupayaan dan ciri-cirinya tiada bandingan. Di samping pengimejan monokrom/HDR, pelanggan boleh merakam imej berbilang medan (medan terang, medan gelap dan cahaya belakang) dalam satu imbasan dengan cahaya berkelip menggunakan model monokrom. Model baharu ini juga mampu merakam imej RGB atau RGB+NIR dalam satu imbasan dengan pencahayaan gelombang berterusan menggunakan model warna atau berbilang spektrum,” kata Xing-Fei He, Pengurus Produk Kanan.

Dibina berdasarkan teknologi yang diperakui, antara muka optik gentian CLHS generasi baharu menawarkan pemindahan data berdaya pemprosesan tinggi dan boleh dipercayai. Kabel optik gentian mengurangkan kos sistem, menghasilkan kabel lebih panjang (sehingga 300 m), kalis sinaran elektromagnet dan sesuai untuk persekitaran industri.

Ciri Utama:
- Kelajuan kadar garis sehingga 300 kHz dalam resolusi 8k/16k
- Pengimejan Mono/HDR dengan satu atau dua output
- Pengimejan berbilang medan dan pembahagian masa dalam satu imbasan menggunakan pendedahan berturutan
- 3 warna asli, RGB dan NIR pilihan
- Antara muka optik gentian Camera Link HS untuk pemindahan data yang boleh dipercayai
- Kos sistem lebih rendah

Siri penangkap bingkai Xtium2 Teledyne DALSA berprestasi tinggi menampilkan platform PCI Express Gen 3 x8 yang membawakan imej tanpa gangguan daripada Linea ML ke komputer hos. Penangkap bingkai Xtium2-CLHS FX8 menggunakan antara muka port kuad SFP+ 10 GB/s dan membolehkan penggunaan kabel gentian standard melebihi 300 meter. Siri Xtium2 yang kini dihasilkan disokong oleh SDK Sapera LT sepenuhnya.

Sila lawati halaman produk Linea untuk maklumat lanjut. Untuk pertanyaan jualan, lawati halaman hubungan kami dan, kit media dalam talian untuk imej resolusi penuh.

Perihal Produk dan Perkhidmatan Visi Mesin Teledyne DALSA
Teledyne DALSA adalah peneraju dalam rekaan, pengeluaran dan penggunaan komponen pengimejan digital untuk visi mesin. Sensor imej, kamera, kamera pintar, penangkap bingkai, perisian dan penyelesaian visi Teledyne DALSA digunakan untuk ribuan sistem pemeriksaan di seluruh dunia dalam pelbagai industri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut www.teledynedalsa.com/imaging.

Perihal Teledyne DALSA
Teledyne DALSA merupakan peneraju teknologi antarabangsa dalam pengesanan, pengimejan dan penghasilan semikonduktor khusus. Penyelesaian pengesanan imej kami merangkumi cahaya inframerah, cahaya nampak hingga X-ray; faundri MEMS kami telah memperolehi reputasi peneraju dunia. Selain itu, kami memberikan tinjauan 3D canggih dan sistem maklumat geospatial melalui subsidiari kami, Teledyne Optech dan Teledyne CARIS. Teledyne DALSA mempunyai lebih kurang 1400 orang pekerja di seluruh dunia dan beribu pejabat di Waterloo, Kanada. Untuk maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11563

No comments:

Post a Comment