Wednesday, October 24, 2018

BEAUTRIO MEMBANTU WANITA UNTUK MENYERLAH, MENINGKATKAN KERJASAMA SINO-PERANCIS

PARIS, 23 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Ketika Minggu Fesyen Paris melabuhkan tirai, satu bicara fesyen Sino-Perancis mengenai Kecantikan Ketimuran telah berlangsung di Xinhua Gallery Media France.

Dalam acara ini, golongan profesional dari kalangan pereka fesyen dari kedua-dua buah negara telah membincangkan estetika fesyen bagi Timur dan Barat, dan menerokai trend mengenai penjagaan kulit dan persolekan di dunia. Di samping itu, Beautrio 2019 Oriental Makeup Looks telah dikeluarkan.

Sebagai satu lagi contoh untuk meningkatkan kerjasama di antara China dan Perancis, Beautrio, sebuah jenama Infinitus penjagaan kulit mewah yang memaparkan herba Cina, telah bekerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan terkemuka dan mewujudkan CNRS - Pusat Penyelidikan Penjagaan Kulit Kerjasama Antarabangsa Beautrio Universiti Diderot Paris.

Beautrio menjalin kerjasama dengan Pusat Kebangsaan Perancis bagi Penyelidikan Saintifik (Centre national de la recherche scientifique, CNRS) untuk mengetahui kesan-kesan antipenuaan dan pelembab bagi herba Cina.

Beautrio telah juga bekerjasama dengan Ashland, sebuah syarikat R&D kimia Fortune 500 di Sophia Antipolis, taman teknologi yang terkenal di Perancis, dalam usaha untuk mendapatkan bahan mentah premium.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11527

No comments:

Post a Comment