Thursday, October 11, 2018

HOOVER FERGUSON MENANDATANGANI KONTRAK PEMBEKALAN UNIT MEMBAWA KARGO DENGAN TRANSOCEAN

HOUSTON, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hoover Ferguson, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian kontena, penginapan, ruang kerja dan pembungkusan untuk pasaran tenaga, petrokimia dan industri am hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu kontrak selama tiga tahun berserta opsyen dengan Transocean Ltd, untuk membekalkan Unit Membawa Kargo (CCU) kepada rig armada penggerudian laut dalam kontraktor itu di Laut Utara.
 
"Kami amat berbesar hati untuk menerima pemberian kontrak ini, dan untuk menyokong operasi Laut Utara Transocean dari pangkalan kami merentasi Norway," kata Kjetil Skaaren, Pengurus Kawasan Norway, Hoover Ferguson,. "Armada kami yang terdiri daripada kontena, bakul, bingkai dan tangki di luar pesisir menawarkan satu penyelesaian logistik yang berdaya saing dan berinovatif dan kami berharap untuk terus membina di atas perkongsian kami dengan Transocean."
 
Transocean beroperasi di sepanjang pantai Norway dan akan disokong oleh pangkalan Hoover Ferguson di Mongstad, Florø, Kristiansund, Hammerfest dan Sandnessjøen.
 
Maklumat mengenai Hoover Ferguson

Hoover Ferguson adalah sebuah penyedia perkhidmatan bersepadu bagi tangki kimia, unit membawa kargo, tong mangkin, kontena modular dan produk dan perkhidmatan sewa lain yang berkaitan dengan pasaran tenaga, petrokimia dan industri am global. Dengan memiliki sejarah yang bermula dari tahun 1911, Hoover Ferguson menyediakan kepada pelanggan mereka dengan penyelesaian kontena cecair, kargo, sisa dan kontena khusus yang menyeluruh serta pelbagai perkhidmatan pelengkap termasuk pembersihan, pengubahsuaian, pensijilan semula dan logistik. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.hooverferguson.com.


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51878610&lang=en

Hubungi

Hoover Ferguson
Lana Belmokadem, +1-832-295-6275
Lana.belmokadem@hooverferguson.com

Sumber : Hoover Ferguson

No comments:

Post a Comment