Thursday, October 18, 2018

IWBI LANCAR RANGKAIAN PENASIHAT GLOBAL UNTUK PORTFOLIO WELL

-- Pakar-pakar terkemuka untuk memberi nasihat tentang reka bentuk dan pelaksanaan bagi perintis laluan baharu untuk pelbagai bangunan dalam portfolio tunggal

NEW YORK, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The International WELL Building Institute™ (IWBI™) hari ini mengumumkan pembentukan sebuah penasihat global untuk membantu membentuk dan memajukan pelaksanaan perintis Laluan Portfolio  WELL™, sebuah laluan diperkemaskan yang baharu untuk WELL Certification™ bagi pelbagai bangunan baharu atau yang sedia ada dan ruang penyewa dalam satu portfolio yang tunggal.

Portfolio WELL, yang diumumkan pada bulan lalu, telah dihasilkan sebagai sebahagian daripada perintis WELL v2™, lelaran terkini bagi WELL Building Standard™ (WELL™). Ia merupakan sebahagian daripada satu suite penambahan kepada WELL yang menangani permintaan yang semakin meningkat merentasi industri bangunan bagi satu program yang membantu pemilik, pemaju dan penyewa menyelaras dan menaikkan kesihatan dan kesejahteraan kepada aset hartanah mereka. Penasihat itu termasuk satu koleksi daripada kalangan profesional, pengamal dan pakar-pakar dalam pelbagai industri dan sektor, setiap masing-masing berkhidmat selama satu tahun.

"Sejak kami lancarkan WELL, kami telah melihat satu ledakan minat daripada syarikat-syarikat global untuk membawa manfaat kesihatan dan kesejahteraan yang sama merentasi portfolio mereka," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif IWBI, Rick Fedrizzi. "Komitmen oleh pengamal awal kami yang kini berkongsi pengetahuan mereka dalam peranan penasihat ini adalah apa yang akan membuatkan proses ini berfungsi dengan lebih efisien untuk lebih banyak syarikat dan memberi kesan positif kepada lebih banyak orang di setiap penjuru dunia."

Bulan lalu, IWBI mengumumkan peserta perintis, termasuk Barclays, Brandywine Realty Trust, CBRE Global Investors dan CBRE, Charter Hall, Forest City Realty Trust, Gro, Investa, JLL Asia Pacific, the Lendlease yang diurus oleh Australian Prime Property Fund (APPF) Commercial, Milliken, Miron Construction Co., Inc., Prologis, Inc., Shaw Industries, dan SL Green Realty Corp.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11508

No comments:

Post a Comment