Monday, April 30, 2018

100 anggota Kelab Ambank Group sertai karnival Candat Sotong 2018

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama)-- Kelab AmBank Group (KAG) menganjurkan Karnival Candat Sotong Kelab AmBank Group 2018 buat kali kelima dengan penyertaan hampir 100 peserta di Marang, Terengganu pada 27 April.

Karnival berkenaan dilancarkan oleh Presiden KAG merangkap Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pemasaran, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali

"Karnival Candat Sotong KAG merupakan acara tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh anggota KAG, di mana kami sentiasa menerima sambutan menggalakkan dan oleh itu kami akan menganjurkan kejohanan kedua pada bulan hadapan.

"KAG akan terus menganjurkan aktiviti seperti ini di mana kebanyakan anggota boleh sertai bersama dan pada masa yang sama juga dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan setiakawan di kalangan warga kerja AmBank," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada karnival tersebut, bagi kategori berkumpulan dimenangi oleh pasukan 'VVIP', diikuti tempat kedua dimenangi oleh pasukan 'Dukun Sotong Kembali' dan tempat ketiga dimenangi oleh 'Gerak Gempur'. Jumlah tangkapan keseluruhan adalah 100.5 kilogram.

Bagi kategori sotong terpanjang pula dimenangi oleh Mohd Zaki Ali. Edisi pada tahun ini juga menyaksikan pengiktirafan yang diberikan kepada tekong terbaik sepanjang aktiviti mencadat dijalankan, yang dimenangi oleh tekong bagi bot pasukan 'VVIP'. Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh Syed Anuar.

Berikutan sambutan yang memberangsangkan dari anggota KAG, Karnival Candat Sotong kedua dijadualkan pada 12 Mei ini, yang akan disertai seramai 200 lagi anggota KAG.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment