Monday, April 16, 2018

NUANCE OMNIPAGE SERVER 2 MENYAMPAIKAN PENYELESAIAN PENUKARAN DOKUMEN YANG PALING MENYELURUH DAN PALING BERKUASA OLEH SYARIKAT ITU SEHINGGA KINI

Ciri-ciri Baharu termasuk Pengalaman Pengguna yang Dipertingkatkan, Keupayaan Pengkelasan Dokumen Bersepadu, dan Sokongan Bahasa yang Dipertingkatkan


SYDNEY, 16 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nuance Communicationshari ini mengumumkan OmniPage Server 2, versi terbaharu bagi Nuance® OmniPage Server, yang memaparkan beberapa pengoptimuman termasuk suatu pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dengan pilihan konfigurasi yang fleksibel, pengkelasan dokumen yang dibolehkan API dan pilihan penggunaan awan menerusi Amazon Web Services dan Microsoft Azure. Nuance OmniPage Server 2melanjutkan keupayaan bagi penawaran sebelum ini, dengan menyampaikan sebuah penyelesaian yang boleh dipercayai, pantas, tepat dan mempunyai kekuatan industri untuk penukaran dokumen dan imej yang bervolum tinggi.

Peningkatan yang paling ketara di dalam OmniPage Server 2, antara muka pengguna yang dikemaskini dengan pilihan pemasangan dipermudahkan yang baharu, membolehkan pemasangan pada sebuah mesin tunggal dalam masa hanya beberapa minit sehingga dapat diakses oleh audiens baharu. Peniaga dan organisasi yang tidak memiliki kepakaran konfigurasi rangkaian atau server boleh memasang dan mula melaksanakan proses penukaran dokumen bervolum tinggi hampir pada kadar serta merta. Sebaik sahaja dipasang, pengguna akan dengan segera menghargai Web Penukaran Pelanggan yang dipertingkatkan, dengan antara muka intuitifnya, ketika mereka mengkonfigurasi dan menjalankan tugasan penukaran dokumen.

Perkhidmatan penukaran dan pengkelasan dokumen OmniPage Server 2 adalah merupakan teknologi asas untuk aplikasi automasi proses robotik. Maklumat yang berasaskan dokumen perlu ditukarkan kepada format yang boleh dibaca oleh mesin dan dikenal pasti dengan "jenis" untuk melakukan analisis lanjutan. Dengan menggunakan OmniPage Server, organisasi boleh memacukan analisis, memperkemaskan proses perniagaan berasaskan dokumen dan menyampaikan maklumat dengan tepat kepada sejumlah folder dan folder kecil tanpa had. Keupayaan "pengawasan folder" dapat mengesan fail PDF dan imej dan secara automatik menandakan mereka untuk penukaran, sekali gus membawa kecekapan yang lebih tinggi kepada aliran kerja penukaran dokumen hujung ke hujung.

"OmniPage Server 2 adalah penyelesaian penukaran dokumen yang paling berkuasa dan serba boleh yang ditawarkan hingga kini," kata Tracey Mustacchio, naib presiden kanan bagi produk & pemasaran, Nuance Document Imaging. "Pengalaman pemasangan baharu itu membolehkan persediaan hampir siap guna bagi peniaga dan pengguna akhir, manakala penyatuan dengan pengkelas dokumen API kami membolehkan kecekapan yang lebih tinggi kepada penukaran dokumen dan proses pengkelasan. Keupayaan untuk menjadi hos kepada penyelesaian itu di dalam awan akan memberikan pengguna lebih fleksibiliti, kebolehskalaan dan keteguhan untuk menyokong keperluan penukaran dokumen mereka yang semakin meningkat."

Nuance® OmniPage Server 2 menukarkan PDF dan jenis fail lain yang popular ke dalam PDF yang boleh dicari dan fail lain yang boleh diedit. Kemas kini lain termasuk ketepatan dan kelajuan OCR yang dipertingkatkan, sokongan untuk bahasa kanan ke kiri, seperti bahasa Arab dan Ibrani, dan Intelligent Workflow Runner yang dipertingkatkan, yang apabila digabungkan dengan Workflow Designer dapat dengan mudah mewujudkan aliran kerja yang lebih kompleks.

Butiran lanjut mengenai OmniPage Server 2 Nuance, termasuk senarai penambahan yang lengkap, boleh dilihat di sini https://www.nuance.com/print-capture-and-pdf-solutions/optical-character-recognition/omnipage/omnipage-server-for-developers.html

Maklumat mengenai Nuance Communications, Inc.

Nuance Communications, Inc. (NASDAQ: NUAN) adalah sebuah pembekal utama bagi penyelesaian suara dan bahasa untuk perniagaan dan pengguna di seluruh pelusuk dunia. Teknologi, aplikasi dan perkhidmatan mereka membolehkan pengalaman pengguna menjadi lebih menarik dengan mengubah cara orang berinteraksi dengan peranti dan sistem. Setiap hari, berjuta-juta pengguna dan beribu-ribu perniagaan merasai nikmat aplikasi Nuance yang terbukti. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nuance.com

Rujukan tanda perniagaan: Nuance, OmniPage, OmniPage Server dan logo Nuance itu adalah merupakan tanda perniagaan berdaftar atau tanda perniagaan milik Nuance Communications, Inc. atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan/atau di negara lain. Kesemua tanda perniagaan lain yang dirujuk di sini adalah hak milik pemilik masing-masing.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51786795&lang=en

Hubungi
Hubungan Media
Nuance Communications Australia
Karen Raccani, +61 2 9434 2343
Pengurus Pemasaran, Asia Pasifik
karen.raccani@nuance.com
atau
Skettos Marketing Communications
Maria Skettos, +61 2 9222 1110
Perhubungan Awam
maria@skettos.com.au

Sumber : Nuance Communications, Inc.

No comments:

Post a Comment