Monday, April 30, 2018

RANGKAIAN CLOUDFLARE BERKEMBANG HAMPIR 30 PERATUS DALAM SUKU PERTAMA TAHUNAN

Syarikat mengumumkan tiga produk baharu dan kerjasama utama sebagai sebahagian daripada sukuan gergasi
 
SAN FRANCISCO, 30 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat peneraju prestasi dan keselamatan Internet, hari ini mengumumkan rekod pertumbuhan rangkaian untuk suku pertama 2018. Syarikat telah menambah 32 bandar baharu, mengembangkan rangkaiannya ke 151 titik kehadiran secara global. Cloudflare kini melindungi lebih daripada 8 juta domain, laman web, API, aplikasi mudah alih dan apa-apa sahaja yang bersambung ke Internet.

“Di teras Cloudflare merupakan rangkaiannya, yang kami bina untuk menjadi fleksibel, efisien dan boleh melakukan apa-apa tugasan di mana-mana lokasi yang diberikan,” kata Matthew Prince, pengasas bersama dan CEO Cloudflare. “Dalam suku terakhir ini, kami mengembangkan rangkaian ini pada kadar rekod, membawa rangkaian kami lebih dekat kepada semua orang di dunia. Ini bermaksud yang kami mampu untuk mengeluarkan produk pada skala global untuk pengguna di mana-mana sahaja.”

Pengumuman hari ini menamatkan sukuan yang kuat untuk Cloudflare. Cloudflare mengumumkan tiga produk utama baharu dalam sukuan ini, termasuk Cloudflare Access, penyelesaian yang menjadikan akses kepada aplikasi dalaman perniagaan cepat dan mudah, Cloudflare Workers, cara yang lebih baik dan cepat untuk pembangun untuk mengerah dan melaksanakan kod mereka terus ke pinggir rangkaian global Cloudflare, dan Cloudflare Mobile SDK, penyelesaian percuma yang membenarkan sebarang pembangun app mudah alih untuk memahami prestasi dan metrik rangkaian.

Cloudflare dan IBM mengumumkan kerjasama untuk meningkatkan keselamatan dan prestasi daripada awan hingga pinggir rangkaian. Melalui kerjasama ini, IBM melancarkan Perkhidmatan Internet Awan, kedai sehenti untuk keupayaan keselamatan dan prestasi Cloudflare yang direka bentuk untuk melindungi kandungan dan aplikasi web perniagaan yang dilihat oleh orang ramai. Kini, penyelesaian Cloudflare boleh digunakan dalam persekitaran pelanggan IBM, termasuk awan awam, peribadi, hibrid, atau di premis. Di samping itu, IBM kini merupakan penjual semula suite perkhidmatan keselamatan dan prestasi pinggir Cloudflare yang sah.

Cloudflare kini mempunyai lebih daripada 625 pekerja, berbanding hanya 400 pada tahun lepas. Syarikat terus mengembangkan pasukan kejuruteraan, jualan, pemasaran dan sokongannya merentasi semua pejabatnya di San Francisco, Austin, Champaign, IL, London, New York, Washington D.C. dan Singapura.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cloudflare, sila semak sumber di bawah.
 
Perihal Cloudflare
Cloudflare, Inc. (www.cloudflare.com / @cloudflare) adalah dalam misi untuk membantu membina Internet yang lebih baik. Hari ini, Cloudflare menjalankan salah satu rangkaian terbesar di dunia yang menguasakan lebih daripada 10 trilion permintaan setiap bulan, yang merupakan hampir 10 peratus daripada seluruh permintaan Internet. Cloudflare melindungi dan mempercepat sebarang aplikasi Internet dalam talian tanpa menambah perkakasan, memasang perisian atau menukar barisan kod. Ciri Internet yang dikuasakan oleh Cloudflare mempunyai semua trafik web dihalakan melalui rangkaian pintar globalnya, yang menjadi lebih pintar dengan setiap tapak baharu ditambah. Hasilnya, mereka melihat perubahan ketara dalam prestasi dan pengurangan spam dan serangan lain. Cloudflare telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Perintis Teknologi, dinamakan sebagai Syarikat Teknologi Rangkaian & Internet Paling Inovatif selama dua tahun yang dijalankan oleh Wall Street Journal dan diletakkan antara 50 syarikat paling inovatif dunia oleh Fast Company. Beribu pejabat di San Francisco, CA, Cloudflare mempunyai pejabat di Austin, TX, Champaign, IL, New York, NY, Washington, DC, London dan Singapura.

Hubungan:
Daniella Vallurupalli
Komunikasi
daniella@cloudflare.com
press@cloudflare.com
650-483-4463

SOURCE: Cloudflare, Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment