Tuesday, April 3, 2018

EKSPO IE CHINA 2018 AKAN DIBUKA DI TENGAH-TENGAH PERMINTAAN TINGGI BAGI TEKNOLOGI ALAM SEKITAR

SHANGHAI, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) --  Ekspo IE China 2018, sebuah anggota keluarga berjenama IFAT dan pameran teknologi alam sekitar terbesar di Asia dengan mempunyai sejarah yang menjangkau 18 tahun, akan bermula pada 3 hingga 5 Mei, 2018 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Ia dijangka dapat menarik 1,800 pempamer dalam bidang air, sisa, pengurusan air dan tanah.

Ekspo IE China 2018, yang mempunyai impak yang luar biasa terhadap industri alam sekitar China, merupakan satu platform yang ideal bagi pempamer dan pembeli global untuk menerokai dan memperluaskan pasaran di China. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, tiga lagi dewan akan ditambah pada tahun ini untuk memperluaskan ruang pameran kepada 120,000m2 untuk air, udara, rawatan sisa, pemulihan tanah, dan lain-lain. Selain itu, segmen baharu seperti "pembaikan pertanian" akan dipaparkan.

Pempamer akan termasuk syarikat-syarikat terkemuka seperti SUEZ, Veolia, CAMBI, Fluence, Xylem, Huber, WILO, KSB, E+H, Hach, SSI, ANDRITZ, TOMRA, Metso, ERIEZ, BHS, SID, ENSA, di samping syarikat dan organisasi tempatan China yang terkemuka. Terdapat juga 13 pavilion luar negara. Negara-negara Nordik dan Rusia akan turut serta sebagai pavilion buat kali pertama.

Persidangan Teknologi Alam Sekitar China akan diadakan serentak untuk memberi tumpuan kepada rawatan air dan kumbahan, pengurusan sisa, pemulihan tapak, kawalan pencemaran udara dan pembersihan udara. Ia akan merangkumi kira-kira 30 forum kecil yang menawarkan penyelesaian bagi sistem rawatan kumbahan luar bandar, loji rawatan kumbahan yang tak terpusat, penggunaan membran, pembakaran nitrogen rendah, sisa pepejal dan pemulihan sumber, Kompaun Organik Mudah Meruap (VOC), Pengujian dan Kawalan dan Pemulihan Tapak Tercemar dan lain-lain.

Pada tahun 2018, penganjur akan menyampaikan Jerayawara dan Padanan Teknologi Alam Sekitar Berinovatif 2018 untuk mengenal pasti dan mempercepatkan teknologi generasi akan datang di dalam rawatan air & kumbahan, pengurusan sisa, pemulihan tapak, kawalan pencemaran udara dan pembersihan udara serta bagi menggabungkan inovator, pelabur, rakan kongsi dan pengguna akhir.

Selain acara itu, satu dozen aktiviti seperti salun dan bengkel telah diadakan secara bersama oleh penganjur dan organisasi industri di China Selatan dan Timur sejak tiga tahun yang lalu. Pada tahun 2018, ia telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan persatuan-persatuan yang berkaitan di Asia Tenggara bagi menjemput lebih banyak pembeli dan delegasi perdagangan untuk melawat dua pameran mereka di Shanghai dan Guangzhou. Persatuan-persatuan dan badan-badan kerajaan dialu-alukan untuk menghubungi penganjur bagi mendapatkan kerjasama.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51781695&lang=en

Hubungi
Messe Muenchen Zhongmao Co., Ltd.
Ketty ZHANG, +86-21-23521128 / 20205539
ketty.zhang@mm-sh.com
Faks: +86-21-23521088

Sumber : Messe Muenchen Zhongmao Co., Ltd.

No comments:

Post a Comment