Monday, April 2, 2018

ALIBABA AKAN MEMPEROLEHI PEMILIKAN SEPENUHNYA KE ATAS PLATFORM PENGHANTARAN DALAM TALIAN CHINA ELE.ME

Pemerolehan akan memanfaatkan daya penghantaran Ele.me untuk meningkatkan inisiatif Peruncitan Baharu Alibaba di dalam perkhidmatan tempatan


HANGZHOU, China, 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA, "Alibaba") hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu akan memperolehi kesemua saham tertunggak yang ia belum miliki di dalam Ele.me, sebuah platform penghantaran dalam talian dan perkhidmatan tempatan yang utama di China, di dalam satu urus niaga yang membayangkan nilai perusahaan bagi Ele.me pada AS$9.5 bilion. Alibaba dan sekutunya Ant Small dan Micro Financial Services Group Co., Ltd. pada masa ini memiliki kira-kira 43% daripada saham pengundian tertunggak dalam Ele.me.

Pengambilalihan ini akan memperkukuhkan integrasi Ele.me ke dalam ekosistem Alibaba dan memajukan strategi Peruncitan Baharu Alibaba untuk menyediakan satu pengalaman pengguna dalam talian dan luar talian yang lancar di dalam sektor perkhidmatan tempatan.

Daniel Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Alibaba, berkata, "Kami sangat teruja bagi Ele.me untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem Alibaba. Di bawah kepimpinan pengasasnya dan pasukan pengurusannya, Ele.me telah mencapai penguasaan pasaran yang utama dalam penghantaran makanan dalam talian dan sektor perkhidmatan tempatan China. Kepercayaan bersama kami bahawa Peruncitan Baharu akan mewujudkan lebih banyak nilai bagi pelanggan dan peniaga telah menghimpunkan kita bersama. Melihat ke hadapan, Ele.me boleh memanfaatkan infrastruktur Alibaba di dalam perdagangan dan mencari sinergi baharu dengan perniagaan Alibaba yang pelbagai untuk menambahkan lagi momentum ke dalam inisiatif Peruncitan Baharu itu."

Perkhidmatan penghantaran tempatan Ele.me yang pantas akan dibina di atas kepakaran teras mereka dalam penyediaan makanan untuk menyediakan kepada pengguna dengan rangkaian produk dan perkhidmatan atas permintaan yang lebih luas. Peluasan dalam penawaran ini akan membolehkan Ele.me untuk menggunakan dengan cekap tenaga penghantaran mereka yang besar yang pada masa ini memenuhi pesanan di bandar raya-bandar raya merentasi China.

Ele.me juga melengkapi Koubei, platform perkhidmatan tempatan gabungan Alibaba dan menyediakan sinergi yang dilanjutkan. Dengan menggabungkan perkhidmatan penghantaran ke rumah dalam talian Ele.me dengan pemerolehan dan keupayaan keterlibatan pengguna Koubei bagi pelbagai penubuhan restoran dan perkhidmatan, Alibaba akan dapat menawarkan suatu pengalaman yang bersepadu kepada pengguna dalam talian dan luar talian.

Zhang Xuhao, pengasas bagi Ele.me, berkata, "Pengambilalihan ini menunjukkan bahawa kami telah membina Ele.me menjadi satu daripada perniagaan Internet yang paling berharga di China. Pelanggan, peniaga dan rakan kongsi kami akan mendapat manfaat daripada integrasi kami selanjutnya ke dalam keluarga Alibaba. Kami berkongsi wawasan strategik yang sama bahawa Peruncitan Baharu mempunyai suatu masa depan yang cerah dan sebagai sebahagian daripada ekosistem Alibaba akan membawa pertumbuhan Ele.me ke satu tahap yang baharu."

Ele.me akan terus beroperasi di dalam jenamanya sendiri dan bekerjasama rapat dengan rakan dan peniaga mereka yang sedia ada. Alibaba akan memberi sokongan penuh kepada Ele.me termasuk akses kepada infrastruktur Peruncitan Baharu, penawaran produk dan kepakaran teknologi mereka.

Selepas penyelesaian pengambilalihan itu, Zhang Xuhao akan menjadi Pengerusi Ele.me dan penasihat khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba mengenai strategi Peruncitan Baharu. Wang Lei, Naib Presiden bagi Kumpulan Alibaba, akan menjadi ketua eksekutif bagi Ele.me. Wang menyertai Alibaba pada tahun 2003 dan telah memegang beberapa jawatan kanan di dalam perniagaan e-dagang pengguna Alibaba, B2B, perkhidmatan O2O dan perniagaan penjagaan kesihatan.

Maklumat mengenai Kumpulan Alibaba 

Misi Kumpulan Alibaba adalah untuk memudahkan menjalankan perniagaan di mana sahaja. Syarikat itu berhasrat untuk membina infrastruktur perniagaan masa hadapan. Ia membayangkan bahawa pelanggan mereka akan bertemu, bekerja dan tinggal di Alibaba, dan bahawa ia akan menjadi sebuah syarikat yang akan bertahan sekurang-kurangnya 102 tahun.

Kenyataan Safe Harbor 

Pengumuman ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan-kenyataan ini dibuat di bawah peruntukan "safe harbor" daripada Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat tahun 1995. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini dapat dikenal pasti dengan peristilahan seperti "akan," "mengharapkan," "bertujuan," "menjangka," "masa depan," "bermaksud," "merancang," "percaya," "boleh," "menganggarkan," "potensi," "meneruskan," "berterusan," "matlamat", "sasaran," "panduan", “melibatkan diri” dan kenyataan yang serupa. Antara lain, kenyataan yang tidak berbentuk sejarah, termasuk kenyataan mengenai rancangan pelaburan Alibaba, penyelesaian urus niaga dan matlamat strategik bagi pelaburan, adalah atau mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang wujud. Beberapa faktor boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang terkandung dalam mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kemungkinan bahawa pelbagai syarat penutupan bagi urus niaga itu mungkin tidak dipenuhi atau dikecualikan atau bahawa matlamat strategik yang dimaksudkan tidak boleh dicapai. Semua maklumat yang terkandung di dalam pengumuman ini adalah tepat pada tarikh pengumuman ini dibuat dan didasarkan kepada andaian yang dipercayai oleh Alibaba  adalah munasabah pada tarikh itu. Anda tidak harus bergantung pada kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini sebagai ramalan untuk peristiwa masa hadapan. Alibaba tidak melaksanakan sebarang kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, kecuali seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180401005041/en/

Hubungi
Alibaba Group Holding Limited
Asia
Katie Lee, +852 9728 0979
k.lee@alibaba-inc.com
atau
Amerika Syarikat
Robert H. Christie, +1 917-860-9410
bob.christie@alibaba-inc.com

Sumber : Alibaba Group Holding Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment