Wednesday, April 11, 2018

NEURALSTEM MENGUMUMKAN PEMBEDAHAN PERTAMA DALAM UJIAN KLINIKAL FASA 1 KOHORT SERVIKS UNTUK PESAKIT DENGAN KECEDERAAN SARAF TUNJANG KRONIK DILENGKAPKAN

GERMANTOWN, Md., 11 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang memfokus pada pembangunan terapi sistem saraf berasaskan teknologi sel induk saraf, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan pembedahan pertama dalam ujian klinikal Fasa 1 kohort kedua kecederaan serviks untuk pesakit dengan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).  NSI-566 merupakan calon terapi sel stem utama Neuralstem.

“Kajian ini melibatkan pesakit kecederaan lengkap dengan tiada fungsi motor atau deria di bawah kecederaan. Empat kes paraplegia yang pertama dengan kecederaan toraks berjalan dengan sangat bagus. Kami teruja untuk bergerak ke hadapan dengan empat kes kuadriplegia dengan kecederaan serviks yang seterusnya,” kata Karl Johe, Ph.D., Ketua Pegawai Saintifik Neuralstem.

Neuralstem menjalankan ujian klinikal manusia Fasa 1, menilai keselamatan dan kebolehlaksanaan menggunakan sel stem saraf terbitan saraf tunjang NSI-566 untuk memperbaiki cSCI. Ujian klinikal sedang dijalankan di University of California San Diego, Bahagian Neurosurgeri. Pada April 2017, ujian klinikal diperluaskan untuk memasukkan kohort baharu empat pesakit yang layak dengan AIS-Kecederaan serviks lengkap, bersifat kuadriplegia yang melibatkan C5-C7 saraf tunjang mereka, selepas hasil yang menggalakkan dapat dilihat dengan kohort pertama. Ujian klinikal menilai keselamatan dan kebolehlaksanaan menggunakan sel stem saraf terbitan saraf tunjang NSI-566 untuk memperbaiki cSCI. Protokol yang dipinda telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan A.S. dan Lembaga Semakan Institusi di tapak penyelidikan, University of California San Diego (UCSD) dan boleh didapati di clinicaltrials.gov (NCT01772810). Pembedahan pertama untuk kohort kedua telah dilengkapkan pada 28 Mac. Berdasarkan National Spinal Cord Injury Statistical Center di UAB, pada 2015, lebih kurang 250,000 penduduk Amerika hidup dengan cSCI dan dianggarkan 11,000 kecederaan baharu dilaporkan setiap tahun. Dianggarkan, 52% daripada individu ini akan dianggap sebagai paraplegia dan 47% akan dianggap sebagai kuadriplegia. cSCI bersifat kekal dan melumpuhkan dengan perawatan yang sedikit atau tiada. Kesan kebinasaannya boleh diukur daripada perspektif sosial, penjagaan kesihatan dan ekonomi.

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:
  • NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.
  • NSI-566 adalah terapi sel stem yang diuji untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI). 
Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
neuralstem@argotpartners.com

SUMBER : Neuralstem, Inc.

No comments:

Post a Comment