Thursday, April 19, 2018

AMAZON LANCAR PENGALAMAN MEMBELI-BELAH ANTARABANGSA DI APLIKASI MEMBELI-BELAH AMAZON

Pelanggan di seluruh dunia mempunyai keupayaan untuk melayari dan menghantar lebih 45 juta produk ke negara mereka melalui pengalaman Membeli-belah Antarabangsa

Tersedia pada peranti mudah alih iOS dan Android, pengalaman Membeli-belah Antarabangsa boleh didapati dalam 5 bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Sepanyol, Cina Dipermudahkan, Portugis Brazil dan Jerman, dan 25 mata wang, dengan lebih banyak bahasa dan mata wang akan ditambah pada tahun 2018

SEATTLE, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- (NASDAQ: AMZN) – Amazon telah melancarkan pengalaman 'Membeli-belah Antarabangsa' di dalam Aplikasi Membeli-belah Amazon, sekali gus membolehkan pelanggan antarabangsa untuk melayari dan membeli lebih dari 45 juta barangan yang layak yang boleh dihantar ke negara mereka dari Amerika Syarikat. Pengalaman ini tersedia pada perayau mudah alih dan aplikasi mudah alih di dalam Aplikasi Membeli-belah Amazon bagi kedua-dua peranti mudah alih iOS dan Android. Pengalaman Membeli-belah Antarabangsa itu menawarkan untuk membeli-belah dalam 5 bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Sepanyol, Cina Dipermudahkan, Jerman, dan Portugis Brazil, dengan keupayaan untuk membeli-belah dalam 25 mata wang. Ini menjadikan ia lebih mudah berbanding sebelum ini bagi pelanggan untuk mendapatkan yang terbaik dari Amazon dan membeli dengan mudah dalam mata wang tempatan mereka. Pelanggan boleh memilih dari pelbagai pilihan penghantaran dan kelajuan penghantaran, bergantung kepada seberapa cepat mereka mahu pakej mereka itu untuk sampai. Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari  www.amazon.com/international-shopping-help.

"Kami sentiasa membuat pembaharuan bagi pihak pelanggan kami, dan dengan pelancaran hari ini, kami membuat pengalaman membeli-belah pada peranti mudah alih lebih baik dan lebih mudah bagi pelanggan kami yang tinggal di luar Amerika Syarikat," kata Samir Kumar, Naib Presiden bagi Eksport dan Pengembangan Amazon. "Pelanggan telah lama meminta satu cara yang mudah untuk mencari dan membeli dan bagi produk yang tersedia itu dihantar kepada mereka. Pengalaman Membeli-belah Antarabangsa menyelesaikan keperluan pelanggan ini dan menjadikan ia mudah untuk melayari, membeli dan menghantar lebih dari 45 juta produk ke lebih seratus buah negara di seluruh dunia."

Untuk memulakannya, pelanggan boleh dengan mudah memuat turun Aplikasi Membeli-belah Amazon secara percuma dari Apple App Store atau Google Play Store dan mereka akan secara automatik ditempatkan ke dalam pengalaman Membeli-belah Antarabangsa. Pelanggan yang sudah mempunyai Aplikasi Membeli-belah Amazon hanya perlu masuk ke dalam tetapan mereka di dalam aplikasi itu, pilih opsyen 'Negara & Bahasa' dan pilih 'Membeli-belah Antarabangsa’ di bahagian negara. Pelanggan kemudian boleh menetapkan bahasa dan mata wang pilihan mereka untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang disesuaikan, dan boleh menukar lokasi mereka pada bila-bila masa bagi melihat secara automatik produk yang layak dihantar ke lokasi penghantaran mereka yang dipilih.

Pengalaman Membeli-belah Antarabangsa memaparkan harga, kos penghantaran, dan anggaran duti import dengan jelas, dengan Amazon menyelaraskan dengan perkhidmatan kiriman cepat untuk pelepasan kastam bagi pihak pelanggan agar tidak ada kejutan pada saat pembelian atau pengiriman. Pelanggan akan dapat melayari dan membeli produk merentasi ke seluruh kategori termasuk Elektronik, Buku, Pakaian, Kasut, Alat Permainan dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amazon.com/global.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51786869&lang=en

Hubungi
Amazon.com, Inc.
Talian Penting Media
Amazon-pr@amazon.com
www.amazon.com/pr
 
Sumber : Amazon.com, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment