BEVERLY HILLS, Calif., 21 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TOMI Environmental Solutions, Inc. (“TOMI”)
(OTCQX:TOMZ), sebuah syarikat dekontaminasi dan pencegahan jangkitan
global yang pakar dalam jualan dan perkhidmatan
disinfeksi/dekontaminasi, termasuk pengilangan, jualan dan pelesenan
kabut/kabus berasaskan hidrogen peroksidanya iaitu SteraMist™,
yang berdaftar dengan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat
(“EPA”), mengumumkan hari ini bahawa mereka telah mengumpul hasil
kutipan kasar sebanyak $5.3 juta dalam transaksi penempatan persendirian
(“Pembiayaan”). TOMI akan menggunakan hasil kutipan tersebut daripada
Pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan, pendaftaran produk
antarabangsa, pengembangan tenaga jualan dalamannya, pemasaran,
perhubungan awam, pengembangan label EPAnya dan untuk modal kerja serta
untuk tujuan korporat umum.
Berhubung dengan Pembiayaan, nota
janji boleh tukar boleh panggil senior ("Nota") yang dikeluarkan oleh
TOMI dengan jumlah pokok agregat sebanyak $5.3 juta. Nota tersebut akan
matang pada 31 Ogos, 2018, melainkan ditebus lebih awal, dibeli semula
atau ditukarkan. Nota tersebut boleh ditukar pada bila-bila masa oleh
pemegang kepada saham biasa pada harga pertukaran $0.54 sesaham. Dari
dan selepas 1 September, 2017, TOMI boleh menebus Nota tersebut pada
bila-bila masa sebelum tarikh matang pada harga bersamaan 100% daripada
jumlah pokok Nota yang akan ditebus ditambah faedah yang terakru dan
boleh dibayar pada tarikh penebusan. Faedah pada Nota adalah dibayar dua
kali setahun secara tunai pada 28 Februari dan 31 Ogos setiap tahun,
bermula pada 31 Ogos, 2017, pada kadar 4 peratus setahun.
Sebagai
tambahan, waran tiga tahun ("Waran") yang dikeluarkan oleh TOMI untuk
membeli sehingga agregat 833,333 saham biasa pada harga laksana sebanyak
$0.69 sesaham. Jika Waran tersebut ditukar sepenuhnya, TOMI akan
menerima kira-kira $575,000 dalam dana tambahan.
Sekuriti yang
dijual dalam Pembiayaan belum didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933,
seperti yang dipinda ("Akta Sekuriti"), atau undang-undang sekuriti
negeri dan mungkin tidak ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat
tanpa pendaftaran dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa atau
pengecualian berkenaan daripada keperluan pendaftaran sedemikian.
Siaran
akhbar ini telah dikeluarkan mengikut Peraturan 135c di bawah Akta
Sekuriti dan tidak boleh dianggap sebagai tawaran menjual atau meminta
tawaran untuk membeli sekuriti, mahu pun jualan sekuriti di mana-mana
negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau jualan
sedemikian akan menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau
kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi negeri sedemikian.
Dana yang telah membeli majoriti tertunggak pokok di bawah Nota ialah: AP
Asia Absolute Return Master Fund Limited, AP Asia Alpha Strategy Master
Fund, Kalix Fund Limited dan Light & Salt Fund SP.
Mengenai TOMI Environmental Solutions, Inc.
TOMI
Environmental Solutions, Inc. (OTCQX:TOMZ) ialah sebuah syarikat
dekontaminasi dan pencegahan jangkitan global, menyediakan penyelesaian
alam sekitar mesra alam untuk disinfeksi permukaan dalam bangunan
melalui pengilangan, jualan dan pelesenan platform utamanya iaitu Binary
Ionization Technology® (Teknologi Pengionan Binari, BIT™), yang telah
dicipta di bawah geran pertahanan dengan kerjasama Agensi Projek
Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (DARPA), Jabatan Pertahanan Amerika
Syarikat. BIT™ menggunakan Hidrogen Peroksida peratus rendah sebagai
satu-satunya bahan aktif bagi mengeluarkan radikal hidroksil (ion OH)
dan diwakili oleh jenama produk TOMI™ SteraMist™, yang menghasilkan
aerosol pembunuh kuman yang bersifat seperti gas.
Produk TOMI
direka untuk memberikan khidmat kepada spektrum struktur perdagangan
yang luas merangkumi hospital dan kemudahan perubatan, kapal persiaran,
bangunan pejabat, bilik hotel dan motel, sekolah, restoran, untuk
keselamatan bukan makanan dalam kemudahan pemprosesan daging dan hasil
keluaran, berek tentera, dan kemudahan sukan. Produk dan perkhidmatan
TOMI juga telah digunakan di kediaman keluarga tunggal dan kediaman
pelbagai unit.
TOMI juga membangunkan program latihan dan
protokol aplikasi untuk kliennya dan merupakan anggota dalam kedudukan
yang baik bagi Persatuan Keselamatan Biologi Amerika, Persatuan Bank
Tisu Amerika, Persatuan untuk Pakar dalam Kawalan Jangkitan dan
Epidemiologi, Persatuan untuk Epidemiologi Penjagaan Kesihatan Amerika
dan Persatuan Industri Pemulihan. Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.tomimist.com atau hubungi kami di info@tomimist.com.
Mengenai AP Asset Management (HK) Limited
AP
Asset Management (HK) Limited (“APAM”) ialah pengurus pelaburan bagi
kedua-dua AP Asia Absolute Return Master Fund Limited dan AP Asia Alpha
Strategy Master Fund. APAM pakar dalam strategi pulangan mutlak ekuiti
jangka panjang/pendek untuk memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Asia dan
China.
Mengenai Kalix Fund Limited
Objektif
pelaburan Sub-Dana adalah direka untuk memberikan pulangan terlaras
risiko yang menarik buat pelabur dengan pelbagai strategi. Sub-Dana
boleh melibatkan risiko melebihi purata dan hanya sesuai untuk individu
yang boleh menerima kemungkinan kerugian modal. Walau bagaimanapun,
pengarah Sub-Dana akan berusaha mengurangkan risiko sedemikian dengan
pengurusan risiko yang ketat dan sebarang risiko memadai yang terlibat.
Mengenai Light & Salt Fund SP
Pendekatan
pelaburan Light & Salt Fund SP adalah penjejakan bukan indeks
didorong asas dengan tumpuan pada syarikat tertumpu Pan-Asia Pasifik
modal sederhana hingga besar. Light & Salt Capital Management
Limited (“L&S”) ialah sebuah syarikat yang diperbadankan dan
berpangkalan di Hong Kong. L&S bertindak sebagai sebuah platform
pengurusan kekayaan bebas yang menyediakan penyelesaian untuk pelbagai
keperluan pelaburan kliennya. Pendekatan L&S terhadap pengurusan
aset adalah menguruskan aset kliennya secara aktif dengan menggunakan
proses yang didorong oleh disiplin pelaburan. Misinya adalah untuk
menawarkan perhubungan yang berkualiti berdasarkan kepercayaan, prestasi
dan perkongsian matlamat bersama.
Pernyataan Perlindungan Selamat di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995
Pernyataan
bertulis dan lisan tertentu yang dibuat oleh kami boleh membentuk
"pernyataan yang memandang ke hadapan" seperti yang ditakrifkan dalam
Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 ("Akta
Pembaharuan"). Pernyataan yang memandang ke hadapan dikenal pasti oleh
perkataan dan frasa sedemikian sebagai "kami jangka," "dijangka untuk,"
"anggar," "dianggar," "pandangan semasa," "kami mengharapkan untuk,"
"akan bersamaan dengan," "unjur", "unjuran," "diunjur untuk," "ramal,"
"diramal"," "kami percaya," "mungkin," dan frasa seumpama yang lain.
Semua pernyataan yang menangani prestasi operasi, acara, atau
perkembangan yang kami jangka atau ramal akan berlaku pada masa akan
datang, termasuk pernyataan yang berkaitan dengan pertumbuhan
pendapatan, perolehan, pertumbuhan perolehan sesaham, atau unjuran yang
sama, adalah pernyataan yang memandang ke hadapan di dalam maksud Akta
Pembaharuan. Ia adalah memandang ke hadapan dan hendaklah dinilai
berdasarkan faktor risiko penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar
kami berbeza dengan ketara daripada hasil yang dijangkakan. Maklumat
yang terkandung di dalam dokumen ini adalah berdasarkan fakta dan
keadaan yang diketahui pada masa ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk
mengemaskini pernyataan yang memandang ke hadapan ini selepas tarikh
siaran ini.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA:
Paul Varga
Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam
(301) 628-2831
pvarga@tomimist.com
SUMBER : TOMI Environmental Solutions, Inc.
No comments:
Post a Comment