Monday, March 20, 2017

SYARIKAT ROBOTIK BAHARU MAKEBLOCK MERAIH LEBIH DARIPADA $30 JUTA DALAM PENDANAAN SIRI B


SHENZHEN, China, 20 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Makeblock Co., Ltd, syarikat baharu pendidikan STEM dan robotik, hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan pusingan Siri B $30 juta dengan penilaian $200 juta yang diketuai oleh Evolution Media China dan Shenzhen Capital Group Co., Ltd. Pendanaan tersebut menyokong perluasan ke dalam pasaran baharu, melanjutkan pembangunan produk dan kepelbagaian sumber perkakasan, perisian dan kurikulum pendidikan STEM untuk pendidik, kanak-kanak dan penggemar hobi.

Ditubuhkan pada tahun 2011 (ditubuhkan sebagai syarikat pada tahun 2013), Makeblock ialah platform pembelajaran pembinaan robotik DIY dan pengaturcaraan terkemuka bagi pembuat, penggemar hobi, pelajar STEM dan pendidik. Makeblock menyediakan lebih daripada 500 bahagian mekanikal dan modul elektronik yang mudah digunakan, perisian pengaturcaraan grafik dan kursus untuk merealisasikan idea dengan mudah. Setelah menarik hati lebih daripda 1,000,000 orang pembuat, pelajar dan pendidik di lebih daripada 140 negara dan semakin bertambah, Makeblock ialah satu daripada syarikat robotik terkemuka yang sedang membuat perubahan, dengan matlamat untuk membuka bidang ini kepada semua orang pada semua tahap kemahiran.

 

No comments:

Post a Comment