Thursday, March 2, 2017

SISTEM LAMPU JALAN LED TANPA WAYAR KELUARAN MINEBEAMITSUMI YANG DISOKONG OLEH NTT COM DIANUGERAHKAN SEBAGAI INISIATIF BANDAR RAYA PINTAR OLEH MENTERI ALAM SEKITAR KEMBOJA

Sistem berkecekapan tinggi menggunakan perkhidmatan rangkaian dan awan dari NTT Com

TOKYO, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), mengumumkan hari ini bahawa sebuah sistem berkecekapan tinggi bagi lampu jalan LED yang dibina oleh MinebeaMitsumi Inc. dan disokong oleh perkhidmatan rangkaian dan awan global dari NTT Com telah menerima satu anugerah khas daripada menteri alam sekitar Kemboja pada Februari 2017. Anugerah itu mengiktiraf sumbangan projek itu kepada Kemboja dari segi perlindungan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan tenaga.

Sistem lampu jalan LED oleh MinebeaMitsumi yang disambungkan tanpa wayar bagi fungsi pintar, seperti sensor meletak kereta dan meter elektrik, disokong oleh perkhidmatan rangkaian dan awan global NTT Com. Sistem yang sangat efisien itu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 70% berbanding dengan lampu Pelepasan Berintensiti Tinggi (HID) yang konvensional hasil daripada pengurangan penggunaan tenaga oleh LED dan fungsi pintar seperti penutupan dan pemalapan lampu jalan yang dikawal secara tanpa wayar. 

No comments:

Post a Comment