Wednesday, March 1, 2017

PEMBUAT PERUBAHAN : 2 DALAM 5 ALUMNI BEKERJA DI INDUSTRI YANG MEREKA TIDAK PERTIMBANGKAN SEBELUM PENGAJIAN

Kajian Baharu Menunjukkan Bahawa Program Perniagaan Siswazah Menginspirasikan Jalan Kerjaya Baharu

RESTON, Va., 28 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lebih daripada separuh alumni pusat pengajian perniagaan siswazah kini bekerja di industri atau kerja di mana mereka tidak mempunyai pengalaman berkaitan sebelum menyertai pengajian perniagaan, berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini oleh Majlis Penerimaan Pengurusan Siswazah (GMAC), sebuah organisasi tanpa untung pusat pengajian perniagaan siswazah terkemuka. Penemuan daripada Tinjauan Perspektif Alumni 2017 Majlis menunjukkan 2 dalam 5 (39 peratus) alumni kini bekerja di industri yang mereka tidak pernah pertimbangkan sebelum memulakan pengajian perniagaan; mereka mengetahui tentang peluang tersebut selepas menyertai program perniagaan siswazah, dengan 88 peratus yang menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan kerja dan majikan mereka.


No comments:

Post a Comment