Wednesday, March 15, 2017

IIPM MEMETERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN MTIB & PENGANJURAN BERSAMA SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN INDUSTRI PERKAYUAN & PERLADANGAN HUTAN

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- International Institute of Plantation Management (IIPM) akan memeterai satu memorandum persefahaman (MOU) perintis dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Tujuan utamanya adalah untuk membina satu landasan perkongsian ilmu dan kepakaran bagi mewujudkan peluang-peluang pendidikan profesional dan latihan formal seperti kursus-kursus jangka pendek khusus untuk menghasilkan tenaga kerja profesional bagi memenuhi keperluan industri perkayuan dan perladangan hutan. Jalinan kerjasama ini juga adalah bertujuan untuk berkongsi khidmat nasihat dan kepakaran dalam aktitiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), membangun program-program baru dan lain-lain kerjasama untuk manfaat kedua-dua belah pihak dan industri.

Merealisasikan pengwujudan kerjasama ini satu Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health and Safety, OSH)  Industri Perkayuan dan Perladangan Hutan anjuran bersama MTIB dan IIPM akan diadakan pada hari Khamis, 16 Mac, 2017 bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor dan akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Jalaluddin Harun, Ketua Pengarah MTIB.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9843

No comments:

Post a Comment