Friday, March 24, 2017

7-Eleven Lancar Peraduan 'Get Aktif With Smurfs!' Bagi Pengguna



KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- 7-Eleven Malaysia menawarkan inisiatif terbaharu kepada pelanggan setianya yang melibatkan peraduan foto dalam talian "Get Aktif with Smurfs", dengan hadiah-hadiah yang bernilai sehingga RM50,000 untuk dimenangi.

Peraduan itu terbuka kepada semua pelanggan 7-Eleven yang bermula sekarang sehingga 1 Mei, 2017, demikian menurut satu kenyataan daripada RedHot Media Sdn Bhd.

Pelanggan dikehendaki membeli rangkaian produk air berlabel jenama Aktif 7-Eleven, sama ada air mineral atau air minuman, dengan pembelian minimum RM5 dalam satu resit.

Kolaj resit itu dengan foto kreatif apa-apa berwarna biru, dan poskan secara terbuka di laman sosial Facebook atau Instagram peribadi dengan hashtags #AktifSmurfs dan #7ElevenMY.

Para peserta boleh meningkatkan peluang mereka untuk memenangi peraduan itu dengan menghantar lebih banyak penyertaan, kata kenyataan tersebut.

Pemenang dengan penyertaan paling kreatif bakal memenangi hadiah pelancongan 7 hari enam malam ke Belgium dan Amsterdam termasuk lawatan ke Smurfs Museum of Brussels bernilai sehingga RM20,000.

Penyertaan 100 yang terbaik seterusnya setiap satu akan menerima Limited Edition Scooter daripada Smurfs: The Lost Village bernilai RM300 setiap satu.

"Pelanggan setia kami adalah keutamaan kami dan sebab itulah mengapa kami muncul dengan slogan "Always There For You," kata Ronan Lee, Pengurus Besar Pemasaran, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dalam kenyataan itu.

Bagi Pengurus Pemasaran Sony Pictures Malaysia, Catherine Chai, beliau berkata, "Kami gembira dapat bekerjasama dengan rantaian kedai serbaneka nombor satu negara itu untk meraikan filem Smurfs: The Lost Village yang akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 April, 2017".

"Kaitan Smurfs kami dengan gaya hidup Aktif adalah bersesuaian kerana slogan hidup Smurfs adalah sentiasa gembira dan sihat," katanya.

Bagi maklumat lanjut mengenai terma dan syarat peraduan itu boleh layari laman web www.7eleven.com.my atau Facebook di 7ElevenMalaysia.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1340589

No comments:

Post a Comment