Friday, March 24, 2017

SERUAN PENYERTAAN DIKELUARKAN UNTUK ANUGERAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA KEEMPAT BELAS

Tarikh Akhir Penyertaan Awal adalah pada 12 April

FAIRFAX, Va., 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stevie® Awards telah mengeluarkan seruan penyertaan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa Tahunan Ke-14, yakni pertandingan anugerah perniagaan yang terkemuka di dunia yang menyambut serahan pencalonan daripada organisasi dari lebih 60 buah negara dan kawasan setiap tahun.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8540ffb4-6337-429d-9f7c-3574f68f49c3

Semua individu dan organisasi dari seluruh dunia -- awam, swasta, untuk keuntungan, bukan untuk keuntungan, besar mahupun kecil -- boleh menyerahkan pencalonan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa. Tarikh penyertaan awal, dengan yuran penyertaan yang lebih rendah, adalah pada 12 April. Tarikh akhir penyertaan muktamad adalah pada 10 Mei, dan penyertaan lewat diterima sehingga 14 Jun disertakan bersama bayaran lewat. Butiran penyertaan boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA.

Panel pengadilan antarabangsa yang terdiri lebih daripada 150 ahli eksekutif akan menentukan pemenang Anugerah Stevie. Keputusan akan diumumkan pada 10 Ogos. Pemenang Anugerah Stevie akan diberikan anugerah semasa jamuan gala di W Hotel, Barcelona, Sepanyol pada 21 Oktober. 

No comments:

Post a Comment